Kak Som santuni 3,000 warga Pengkalan Batu

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

PENGKALAN BATU 8 Februari – Dianggarkan lebih 3,000 penduduk membanjiri Kompleks Japerun Pengkalan Batu, di sini, bersempena Hari Bertemu Rakyat DUN Pengkalan Batu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Batu Datuk Kalsom Noordin berkata, program yang memasuki edisi ketiga dianjurkan itu disertai 18 agensi dan jabatan bertujuan untuk menyelesaikan segala permasalahan yang diajukan rakyat.

Katanya, selain kaunter aduan, turut diadakan pada program tersebut ialah Jualan Rahmah, kaunter pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) dan sumbangan sempena perayaan Tahun Baru Cina kepada masyarakat Tionghua.

“Alhamdulillah, saya sangat berpuas hati kerana kebanyakan masalah yang diajukan kita dapat memberikan jawapan dan kebanyakannya dalam perhatian sebelum pelaksanaannya dilakukan.

“Kebanyakan aduan yang kita terima pada program ini ialah berkaitan prasarana seperti longkang dan rumput tidak diselenggara, masalah sampah dan lain-lain.

“Jadi perkara seperti ini kita perlu beri tumpuan kerana kita dapati masalah-masalah seperti ini masih banyak dan sesuatu yang lebih agresif perlu dilakukan,” katanya kepada Melaka Hari Ini selepas program berkenaan.

Kalsom yang juga Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri berkata, program Hari Bertemu Rakyat DUN Pengkalan Batu itu akan diadakan secara berkala sepanjang tahun.

“Selepas program kali ini, kita mungkin akan adakan lagi dalam tempoh dua atau tiga bulan lagi kerana kita perlu ada ‘cooling period’,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

969
Kongsi :
Previous post Melaka laksana enam ujian kualiti panggilan suara perbaiki ‘drop call’
Next post Dari cuba nasib, kepada johan kampung laman indah
Ubah saiz-+=