Melaka laksana enam ujian kualiti panggilan suara perbaiki ‘drop call’

Masa Membaca:1 Minit, 33 Saat

SERI NEGERI 8 Februari – Kerajaan Negeri menetapkan enam ujian Kualiti Perkhidmatan Selular (panggilan suara) sepanjang tahun ini bagi menambah baik isu panggilan terputus bagi rangkaian mudah alih di Melaka.

Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Mohd Noor Helmy Abd Halem berkata tindakan susulan yang dilakukan selepas lawatan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil terhadap Ujian Kualiti Perkhidmatan Selular (panggilan suara) di Sungai Melaka, baru-baru adalah mengeluarkan arahan kepada syarikat telekomunikasi supaya melakukan penambahbaikan terhadap isu berkenaan.

Katanya, dalam mesyuarat yang dilakukan antara Kerajaan Negeri bersama syarikat telekomunikasi berkaitan telah memutuskan untuk melakukan enam ujian tersebut selama setahun.

“Sekarang memang diakui, ada sedikit gangguan transisi antara 4G kepada 5G dan 5G kepada 4G, namun jumlah itu (drop call) akan dikurangkan dari semasa ke semasa.

“Antara yang dikhuatiri adalah ‘drop call’ (panggilan terputus) dan kawasan yang tidak mendapat liputan.

“Kita telah mendapat komitmen daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk memastikan syarikat telekeomunikasi ini memberikan perkhidmatan terbaik terutama di kawasan pelancongan dan pinggir bandar,” katanya.

Whatsapp Image 2024 02 08 At 14.21.27 3ef6527d
MOHD Noor Helmy

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Taklimat Klik Dengan Bijak bersama Penjawat Awam di sini hari ini,

Hadir sama, Ketua Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Melaka, Fauzi Elham dan Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Negeri Melaka Syed Isa Alsagoff.

Mengulas lanjut, Mohd Noor Helmy berkata setakat ini Kerajaan Negeri menerima maklum balas dan kerjasama yang baik daripada syarikat telekomunikasi.

“Kita juga menerima maklum mengenai keperluan mereka yang boleh dibantu oleh Kerajaan Negeri supaya mereka boleh membantu kita,” katanya.

Pada 26 Januari lalu, Fahmi meminta syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi supaya menambah baik perkhidmatan telekomunikasi di negeri ini.

Katanya, langkah itu penting selepas pihak MCMC melakukan Ujian Kualiti Perkhidmatan Selular (panggilan suara) di Sungai Melaka yang merekodkan lima panggilan terputus.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

569
Kongsi :
Previous post Melaka perkenal ‘vending machine’ kitar semula
Next post Kak Som santuni 3,000 warga Pengkalan Batu
Ubah saiz-+=