Kakitangan awam beragama Hindu boleh mohon cuti Thaipusam

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER KEROH: Tiada halangan buat kakitangan awam beragama Hindu di Melaka mengambil cuti dalam tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 bagi menyambut Hari Thaipusam pada 28 Januari ini, lapor akhbar The Star semalam.

Jaminan itu diberikan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali yang turut menegaskan pihak serius dalam soal memelihara identiti dan budaya setiap masyarakat berbilang bangsa.

“Kerajaan negeri tidak tidak menghalang kira-kira 100 kakitangan awam yang memohon cuti Thaipusam daripada ketua jabatan masing-masing.

“Kita serius dalam memelihara identiti budaya masyarakat berbilang bangsa dan tidak menafikan hak masyarakat tempat untuk mempraktikkan upacara keagamaan mereka,” lapor akhbar itu.

Sementara itu, Sulaiman juga dilapor meminta Kementerian Kesihatan untuk membenarkan doktor beragama Hindu mengambil cuti seperti dipraktikkan dalam pentadbiran kerajaan terdahulu.

Selain itu beliau juga berharap majikan sektor swasta membenarkan pekerja masing-masing mengambil cuti Thaipusam.

Thaipusam biasanya disambut dengan cuti umum di Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang dan Selangor sahaja.

Untuk rekod pada Oktober lalu, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dilaporkan menasihati supaya sambutan Thaipusam pada tahun ini tidak diadakan secara besar-besaran seperti yang berlangsung saban tahun berikutan ancaman pandemik COVID-19.

Presidennya, Prof Datuk Dr M Subramaniam, dilapor berkata, adalah mustahil untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan jutaan penganut Hindu dan orang ramai yang membanjiri kuil pada sambutan Thaipusam.

Views:

651
Kongsi :
Previous post Milikan sementara memudahkan pesakit COVID-19 di Melaka
Next post Cukuplah sekadar memohon keampunan Allah.
Ubah saiz-+=