
Kamarulsyah dilantik Pengarah APM Melaka
AYER KEROH 27 Jun – Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim dilantik sebagai Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka yang baharu
APM dalam satu kenyataan memaklumkan, pelantikan itu berkuatkuasa hari ini bagi menggantikan mendiang Lt Kol (PA), Cuthbert John Martin Quadra yang meninggal dunia 14 Jun lalu.
“Selamat Datang diucapkan kepada Lt Kol (PA) Kamarulsyah bin Muslim ke Melaka Negeri Bersejarah sebagai Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri Melaka.
“Semoga APM Negeri Melaka lebih maju dan cemerlang pada masa akan datang,” kata kenyataan itu.
Kamarulsyah, 44, anak jati Taman Maju, Jasin, sebelum ini pernah berkhidmat di Melaka selama lima tahun iaitu bermula Jan 2015 sehingga Julai 2021.
Beliau kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Pengarah APM Johor pada 25 Julai tahun lalu, sebelum kembali semula berkhidmat di negeri kelahirannya, Melaka.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
TOK RAUF INGATKAN PENGUNDI MUDA, BIJAK MEMILIH DEMI KESTABILAN
TANJUNG BIDARA 7 November – Pengundi muda diingatkan supaya tidak tersilap membuat pilihan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16...
PRN MELAKA: TOK JEZ BAKAL BENTANG PELAN ASPIRASI KHUSUS SUNGAI RAMBAI
SUNGAI RAMBAI 7 November - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi N.28 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai, Jezlee Pit...
BN-PN MENYATU, BEMBAN MENANG YADZIL DI BLOK KERAJAAN – AB RAUF
BEMBAN 7 November - Kerjasama politik yang terjalin antara parti komponen membuka ruang kepada calon Perikatan Nasional (PN) N.24 Dewan...
DEEPAVALI TETAP MERIAH DALAM BAHANG PRN MELAKA
BANDA HILIR 7 November - Bahang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 yang semakin terasa tidak sedikit pun memudarkan...
PRN MELAKA: ONN HAFIZ MAHU KERJASAMA BN-PN KEKAL SELAMA-LAMANYA
SERKAM 7 November - Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) diharap dapat dikekalkan selama-lamanya bagi memperkukuh penyatuan...
PRN MELAKA: KJ LIHAT NORAZRIL ADA BANYAK KELEBIHAN DI REMBIA
REMBIA 7 November - Hubungan dua hala antara calon dan masyarakat setempat menjadi antara perkara yang ditekankan bekas Ketua Pemuda...

