
Kampung Chenderah mula dinaiki air, JAPERUN Rim siap siaga bantu penduduk terjejas
RIM 7 Mac – Susulan hujan lebat yang berlaku sejak petang tadi, Kampung Chenderah, di sini, mula dinaiki air.
Menerusi perkongsian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar, paras air di beberapa batang sungai dan tali air dilihat hampir melimpah, selain terdapat beberapa rumah penduduk sudah dinaiki air.
Beliau yang mesra dengan panggilan Dira berkata, pihaknya sudah menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk bersedia dengan proses pemindahan penduduk di kawasan terjejas.
“Kepada rakan RIM yang memerlukan bantuan, boleh hubungi 0136226404 (Hj. Sabaruddin) atau 0122923025 (Ismanizam).
“Kami di Japerun RIM sentiasa bersedia untuk turun membantu,” katanya dalam satu hantaran di Facebook rasminya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
LEBIH 200 PROGRAM SENTUH KEHIDUPAN RAKYAT DI PARLIMEN TANGGA BATU
PANTAI KUNDOR 20 Julai - Lebih 200 program akan dilaksanakan sepanjang tiga minggu Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Parlimen...
TOK RAUF DATANG BAWA BERITA GEMBIRA, RUMAH UZUR PESAKIT POLIO BAKAL DIBAIK PULIH
PANTAI KUNDOR 20 Julai - Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat membawa sinar baharu kepada seorang pesakit polio apabila Ketua Menteri...
MASALAH NELAYAN PANTAI KUNDOR AKAN DISELESAIKAN SATU PERSATU
PANTAI KUNDOR 20 Julai – Setiap isu yang dihadapi komuniti nelayan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor akan diteliti...
PENDIDIKAN AGAMA BENTUK GENERASI MELAKA BERILMU, BERAKHLAK
PANTAI KUNDOR 20 Julai – Pendidikan agama sejak usia muda adalah asas penting dalam membentuk generasi berilmu, berakhlak dan mampu...
PORTAL DIGITAL TOK AJAK MUDAHKAN RAKYAT TELOK MAS
TELOK MAS 20 Julai - Tidak hanya menggunakan kaedah konvensional dalam mengurus aduan rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telok...
MELAKA TERUS DIYAKINI KOMUNITI PERNIAGAAN, PELABUR
AYER KEROH 20 Julai - Keyakinan komuniti perniagaan dan pelabur terhadap Melaka terus kukuh apabila negeri ini merekodkan pelaburan diluluskan...

