Kampung Felda Hutan Percha juara Anugerah Semarak Gemilang Peringkat Negeri Melaka 2023

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

MACHAP JAYA 5 Oktober – Kampung Felda Hutan Percha muncul juara Anugerah Semarak Gemilang Peringkat Negeri Melaka 2023.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Felda Hutan Percha, Nizam Baharom berkata, kemenangan itu merupakan hasil kerjasama hampir seluruh 200 penduduk kampung terbabit.

“Menerusi program ini, kami mengambil masa sebulan untuk menghias seluruh kampung termasuk membina pintu gerbang berkonsepkan keharmonian pelbagai budaya dan kaum di negara kita.

“Hiasan diketengahkan berkonsepkan tradisional dan lebih menarik lagi, kami juga masukkan elemen budaya masyarakat Orang Asli dalam dekorasi.

“Dengan semangat daripada penduduk kampung, kami bergotong-royong menghias, mengindahkan kampung ini menggunakan bahan kitar semula dan lebih 1,000 Jalur Gemilang yang dipasang untuk program Semarak Gemilang ini,” kongsinya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Nizam berkata Kampung Felda Hutan Percha membawa pulang wang tunai bernilai RM3,000, piala dan sijil penyertaan.

Jelasnya, dengan kerjasama erat daripada penduduk kampung, ukhwah silaturahim dan semangat perpaduan turut ditonjolkan dalam tempoh sebulan yang diperuntukan bagi menghias kampung tersebut.

“Menerusi program ini juga, saya boleh katakan semua bangsa bersatu dalam membantu menyiapkan hiasan. Idea kreatif golongan muda dan berusia menjadikan hiasan serta dekorasi kampung ini menonjol,” katanya.

PENDUDUK ketika kerja-kerja menghias kampung berkenaan

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

5509
Kongsi :
Previous post Chiu Chee Ming pengerusi baharu PPNNM
Next post Tukar reban ayam terbuka kepada sistem tertutup – MPJ
Ubah saiz-+=