
Kampung Long Pasia dilanda banjir, 30 rumah terjejas
KOTA KINABALU, 20 Feb – Sebanyak 30 buah rumah di Kampung Long Pasia, dekat Sipitang dilanda banjir kilat hari ini ekoran hujan lebat di kawasan berkenaan sejak petang semalam.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan hujan yang bermula kira-kira pukul 2 petang semalam dan berterusan hingga pagi ini menyebabkan Sungai Long Pasia melimpah ke kawasan kampung.
“Kenaikan paras air Sungai Long Pasia juga disebabkan oleh pertembungan air banjir dari Sungai Padas di Tenom,” menurut kenyataan itu.
Cuaca pada petang ini di kawasan itu mendung namun paras air di Sungai Long Pasia semakin menurun.
Kenyataan itu memberitahu setakat ini tiada pusat pemindahan sementara dibuka manakala Jalan Long Pasia-Meligan hanya boleh dilalui kenderaan pacuan empat roda.
“Penghantaran bantuan bakul makanan kepada penduduk terjejas akan dilakukan esok dengan menggunakan pacuan empat roda,” menurut kenyataan itu.
Kampung Long Pasia yang mempunyai kira-kira 700 penduduk terletak di kawasan tanah tinggi Malingan pada ketinggian 1,000 meter dari aras laut dan sekitar 300 kilometer dari barat daya Kota Kinabalu.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MPHTJ ANJUR PROGRAM CINTAKAN ALAM SEKITAR UNTUK MURID TABIKA
AYER KEROH 23 September - Aktiviti menanam pokok bersama keluarga di Taman Botanikal memberi pengalaman baharu kepada 21 murid Tabika...
HASN 2026: MPJ DIIKTIRAF PERINTIS TENAGA BOLEH BAHARU, KELESTARIAN AGRO
JASIN 24 September - Inisiatif Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) memasang 87 unit lampu solar di lokasi awam serta sistem lampu...
HASN 2026: MBMB TERIMA ANUGERAH BANDARAYA WARISAN HIJAU
AYER KEROH 24 September - Usaha Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dalam memastikan kelestarian dan kebersihan Bandaraya Melaka mendapat pengiktirafan...
TARIKH LAHIR SAMA, NOAH AR RAUF ‘HADIAH’ ISTIMEWA BUAT AB RAUF
AYER KEROH 23 September - Kehadiran cucu ketiga Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh membawa makna istimewa buat...
10,000 GOLONGAN SASAR BAKAL TERIMA MANFAAT KAD RAHMAH BLOOM MEKAR MEDIPULIH
DURIAN TUNGGAL 23 September - Lebih 10,000 golongan B40, warga emas, ibu atau bapa tunggal dan masyarakat Orang Asli di...
MASUK MUZIUM PERCUMA UNTUK ANGGOTA ATM, TEBUS HINGGA 19 OKTOBER
AYER KEROH 23 September – Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Melaka boleh menikmati kemasukan percuma ke lokasi pelancongan terpilih...
