
Kanak-kanak 11 tahun maut dihempap palang gol di Manggatal, Sabah
KOTA KINABALU, 21 Okt – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut selepas dihempap palang gol ketika menyertai aktiviti sukan tahunan sekolah di padang Pekan Manggatal, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata dalam kejadian 12.20 tengah hari itu, mangsa yang juga murid tahun lima disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Likas.
“Mangsa adalah murid di Sekolah Kebangsaan Lok Yuk, Manggatal. Ketika kejadian mangsa dipercayai dihempap besi palang gol ketika berlangsungnya aktiviti sukan tahunan sekolah di padang berkenaan.
“Kejadian disedari oleh bapa mangsa dan juga guru sekolah yang bertindak menghubungi talian kecemasan 999 untuk mendapatkan bantuan segera. Mangsa kemudiannya dihantar ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Zaidi berkata siasatan di lokasi kejadian mendapati tiada sebarang unsur perbuatan jenayah ditemukan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR), namun siasatan lanjut masih dijalankan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DUN AYER LIMAU SEMAKIN BERCAHAYA
AYER LIMAU 29 September - Ayer Limau kini lebih 'bercahaya' apabila lebih 90 lampu dipasang di seluruh kawasan itu bagi...
TAPEM SASAR BAYARAN BALIK PINJAMAN PENDIDIKAN LEBIH TINGGI TAHUN INI
AYER KEROH 29 September - Jumlah tunggakan pinjaman Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) berjaya dikurangkan daripada kira-kira RM40 juta...
60 ‘HERO’ TURUN SUNGAI, JAGA IKON PELANCONGAN MELAKA
DUYONG 29 September - Seramai 60 peserta menelusuri Sungai Melaka sambil mengutip sampah dalam usaha membantu memastikan ikon pelancongan negeri...
JAM LAMA TIDAK DITUNTUT, MAIM BUKA PELUANG UMAT ISLAM SERTAI BIDAAN
PENGKALAN BATU 28 September - Masyarakat Islam berpeluang memiliki jam lama yang dikategorikan sebagai harta luqatah menerusi sesi bidaan anjuran...
KEPUASAN HATI RAKYAT UKURAN UTAMA KEJAYAAN MBMB – SHADAN
AYER KEROH 29 September - Prestasi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bukan hanya diukur berdasarkan projek besar yang dilaksanakan, sebaliknya...
PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN MAUT, 4 CEDERA DALAM KEMALANGAN DI BATU BERENDAM
KESIDANG 29 September – Seorang penolong pegawai perubatan maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Tunku Abdul...
