
KANAK-KANAK 9 TAHUN MENINGGAL DUNIA DISYAKI AKIBAT DIDERA
KOTA LAKSAMANA 23 Jun – Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun meninggal dunia pagi tadi dipercayai akibat didera dalam kejadian di Jalan Kota Laksamana 1/5, di sini.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima maklumat daripada seorang pegawai perubatan sebuah hospital swasta memaklumkan kanak-kanak berkenaan tidak sedarkan diri ketika dihantar oleh bapa tirinya bagi mendapatkan rawatan di hospital berkenaan di sini, hari ini.
Bagaimanapun, katanya kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.45 pagi.
“Pemeriksaan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan patah kaki serta kesan lebam pada kepala dan badan disyaki didera,” katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu tinjauan Melaka Hari Ini di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka mendapati ibu mangsa dipercayai seorang wanita warga asing dibawa keluar dari jabatan berkenaan bagi tujuan pengecaman terhadap mayat mangsa.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TELUR ASIN BUKIT SEDANAN BERSIH, BERKUALITI
ASAHAN 15 April - Telur asin lazimnya sinonim dengan kaedah pembuatan tradisional menggunakan abu gosok daripada arang dan sekam padi....
BERMALAM DI MUZIUM MELAKA TERAP NILAI STEM, REKREASI
AYER KEROH 15 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) kembali menganjurkan program 'Sleepover @ The Museum', namun menawarkan pengalaman berbeza...
WRUR GADEK: ISU INFRASTRUKTUR ANTARA 160 ADUAN DITERIMA
GADEK 15 April - Isu membabitkan infrastruktur antara 160 aduan yang diterima menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
BERMULA DARI JALANAN, DODOL KAMPUNG ABBEY KINI SEMAKIN DIKENALI
ASAHAN 15 April - Nostalgia menjaja dodol dari kampung ke kampung dengan menunggang motosikal tiga dekad lalu sentiasa segar dalam...
MPAG RANCANG BINA BAHARU, BAIK PULIH 11 KEDIAMAN TAHUN INI
GADEK 15 April - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) merancang untuk melaksanakan 10 projek baik pulih rumah dan membina sebuah...
MELAKA TUAN RUMAH KONGRES DUNIA ‘EAROPH’ 2026
AYER KEROH 14 April - Melaka sekali lagi mencipta nama di pentas antarabangsa apabila dipilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran...
