Kanak-kanak hidap Leukemia terima sumbangan

Masa Membaca:58 Saat

AYER KEROH, 5 Ogos – Kerajaan negeri hari ini menyampaikan sumbangan sebanyak RM20,500 kepada seorang kanak-kanak, Muhammad Adam Naufal Mohd Yusriah, 5, yang menghidap penyakit Leukemia sejak dua bulan lalu.

Sumbangan yang disampaikan Ketua Menteri Datuk Haji Sulaiman Md. Ali kepada Mohd Yusriah Mohd Yunus, 36, di Seri Negeri merupakan khabar gembira buat keluarga itu yang memerlukan kos rawatan tinggi bagi merawat anak sulung mereka.

Menurut Mohd Yusriah, anaknya memerlukan kos rawatan kira-kira RM60,000 bagi menampung keseluruhan rawatan termasuk kemoterapi serta pelbagai lagi di Pusat Perubatan Univesiti Malaya (PPUM).

“Alhamdulillah, terima kasih saya ucapkan kepada penyumbang yang terlibat terutama kerajaan negeri kerana saya tidak jangka keadaan saya sampai ke tahap seperti ini namun ada yang baik hati dan prihatin dengan masalah saya.

“Terima kasih juga saya ucapkan kepada Ketua Menteri atas sumbangan ini kerana tidak dijangka perkara ini diselesaikan tidak sampai sebulan saya ajukan masalah ini kepadanya,” katanya.

Tahap kesihatan Muhammad Adam yang menerima perhatian Bahagian Khidmat Musa’adah, Jabatan Ketua Menteri Melaka yang turut mengatur langkah bagi mengurangkan bebanannya menerusi kerjasama keprihatinan setiap pihak termasuk agensi seperti Qul Holdings (M) Sdn Bhd, ZY Tech Sdn Bhd dan Nuraha Imtiyaz Sdn Bhd.

Views:

440
Kongsi :
Previous post Dua hari RM29,000
Next post Pembinaan surau SMK Pernu masih perlukan dana
Ubah saiz-+=