
Pembinaan surau SMK Pernu masih perlukan dana
TELOK MAS, 5 Ogos – Pembinaan Surau An-Nur Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pernu yang baharu masih memerlukan dana kira-kira RM300,000.
Pengerusi Jawatankuasa Jabatan Ketua Menteri (Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknikal dan Vokasional, Sains dan Inovasi) Datuk Noor Effandi Ahmad berkata, pembinaan surau itu menelan kos sejumlah RM800,000.
“Setakat Julai, pembinaan surau ini dah siap hampir 75 peratus, ia mula dibina pada September 2019 lalu.
“Bagaimanapun, surau ini masih memerlukan sumbangan orang ramai untuk siap sepenuhnya demi kemudahan guru serta pelajar di sini,” katanya.
Noor Effandi meminta supaya orang ramai dapat menyalurkan sumbangan untuk membina rumah Allah tersebut.
“Saya kagum dengan kata-kata pengetua sekolah ini, apa duit yang ada, pihaknya akan jalankan juga untuk membina surau ini,” katanya.
Hadir sama, Pengetua SMK Pernu, Jasmi Husin.
Views:
Related


Berita Lain
MENARA TAMING SARI BAWA KECERIAAN UNTUK MURID SK TELOK MAS
TELOK MAS 13 Januari - Menara Taming Sari membawa keceriaan kepada murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Mas pada hari...
319 SEKOLAH DI MELAKA MILIKI KEMUDAHAN LENGKAP, MESRA OKU
AYER KEROH 13 Januari – Kerajaan Negeri komited memastikan semua sekolah di Melaka dilengkapi segala kemudahan diperlukan termasuk fasiliti bagi...
MOLEK RESIDENCE FASA 3 IKON KEDIAMAN TERES MODEN DI BUKIT KATIL
BUKIT KATIL 12 Januari – Molek Residence Fasa 3 di Bukit Katil mencatatkan prestasi jualan memberangsangkan apabila 237 daripada 354...
MAIM BIMBING AISYAH LEBIH MENGENALI ISLAM
DURIAN TUNGGAL 12 Januari - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memainkan peranan penting dalam membantu seorang mualaf, Aisyah Al-Diani, 37,...
JPKK PANTAI ROMBANG EDAR 150 KIT SARAPAN HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN
PANTAI KUNDOR 12 Januari - Sarapan ringkas roti dan air kotak bukan sahaja menjadi pengalas perut, sebaliknya membantu menghilangkan debaran...
RM35 JUTA UNTUK TRANSFORMASI SEKOLAH DAIF MELAKA
AYER MOLEK 12 Januari - Lebih RM35 juta diperuntukkan bagi melaksanakan Program Pembinaan Semula lapan sekolah daif di negeri ini....
