
Dua hari RM29,000
BUKIT KATIL, 5 Ogos – Sejumlah RM29,000 berjaya dikutip Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka hasil daripada program diskaun pembayaran saman 70 peratus.
Pengarah JPJ negeri, Muhammad Firdaus Shariff berkata, jumlah itu diperoleh dalam tempoh dua hari bermula kelmarin (Isnin) dan semalam (Selasa).
Beliau berkata, program 70 peratus diskaun bagi pembayaran saman JPJ dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) diadakan sempena bulan Kemerdekaan.
“Tawaran itu diberikan kepada semua saman-saman yang boleh dikompaun termasuklah kes-kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.
“Setakat hari ini, JPJ Melaka berjaya memungut RM29,000 hasil daripada 360 orang yang telah datang membuat pembayaran,” katanya.
Muhammad Firdaus berkata, antara saman yang layak menerima diskaun 70 peratus itu adalah AES/AWAS, kompaun Op Musim Perayaan, memotong garisan berkembar, tidak mematuhi isyarat lalu lintas serta menggunakan telefon bimbit ketika memandu.
“Bagaimanapun, mana-mana kes mahkamah tidak termasuk dalam diskaun 70 peratus,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pembayaran boleh dibuat di kaunter JPJ cawangan dan Pusat Tranformasi Bandar (UTC) Melaka selain melalui dalam talian MySIKAP.
“Waktu operasi di kaunter cawangan Bukit Katil serta Jasin bermula antara jam 8 pagi hingga 4 petang dan di UTC Melaka pada jam 8 pagi hingga 9 malam,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
NAIK TARAF PENCAWANG ELEKTRIK PEMANGKIN PEMBANGUNAN SELANDAR
ASAHAN 31 Oktober - Penggunaan tenaga elektrik yang semakin meningkat susulan pembangunan semakin rancak sekitar Selandar, mendorong kepada penyediaan Bangunan...
IBU BAPA HARGAI SOKONGAN TOK HAMEED TERHADAP ANAK ISTIMEWA
AYER LIMAU 31 Oktober - Sokongan kepada keluarga yang membesarkan anak berkeperluan khas amat bermakna, terutama apabila kos penjagaan dan...
PRN MELAKA: HELMY BAWA ‘KAD PRESTASI’ KE GELANGGANG DUYONG
DUYONG 1 November - Rekod perkhidmatan sepanjang lima tahun lalu menjadi sandaran calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd Noor Helmy...
PRN MELAKA: ‘AH SEM’ CALON NOMBOR 1 DUN MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 31 Oktober - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya, Datuk Ngwe Hee Sem atau lebih dikenali...
PRN MELAKA: BILIK GERAKAN SPRM BEROPERASI 24 JAM
AYER KEROH 31 Oktober - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka bilik gerakan beroperasi 24 jam sepanjang berlangsungnya Pilihan Raya...
PRN MELAKA: 65 CALON LELAKI, 14 WANITA BERTANDING DI 28 KERUSI DUN
AYER KEROH 31 Oktober - Persaingan merebut 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada Pilihan Raya Negeri Melaka Ke-16...
