Kanak-kanak mangsa dera stabil- Polis

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

AYER KEROH 16 Ogos – Kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang dipercayai didera ibu kandung dan teman lelakinya stabil dan masih dalam pemantauan pakar perubatan Hospital Melaka (HM).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, hak penjagaan kanak-kanak tersebut diambil alih Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sementara ibu kandungnya berada dalam perintah reman.

Katanya, keadaan kanak-kanak itu bagaimanapun stabil, namun masih ditempatkan di hospital berkenaan berikutan doktor pakar masih memantau keadaan mangsa sebelum dibenarkan keluar.

KETUA Jabatan Siasatan Jenayah Melaka Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman

“Hak penjagaan adik mangsa berusia satu tahun turut diletakkan di bawah JKM,” katanya pada sidang media secara atas talian di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata siasatan lanjut mendapati kanak-kanak tersebut sering dipukul, namun tidak meninggalkan kesan sebagaimana hari kejadian.

“Mangsa tinggal berempat bersama ibu kandung dan teman lelakinya serta adik perempuan mangsa dalam satu rumah.

“Siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

Sebelum ini, Melaka Hari Ini melaporkan polis menahan sepasang kekasih dipercayai mendera kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dalam kejadian di sebuah pangsapuri di sini, kelmarin.

Mohd Sukri berkata, hasil pemeriksaan polis mendapati terdapat beberapa kecederaan di beberapa bahagian badan mangsa dipercayai akibat dipukul oleh ibu kandungnya berusia 30 tahun dan teman lelakinya berusia 38 tahun.

Susulan itu, kedua-dua suspek direman tujuh hari bermula semalam hingga Sabtu ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1590
Kongsi :
Previous post ‘Agong terima peletakan jawatan saya’
Next post Lapan ditahan bantu siasatan kes hasutan lawatan TYT ke Kampung Kesang Tua
Ubah saiz-+=