Kapal persiaran mewah pilih Melaka sebagai destinasi berlayar

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

SINGAPURA, 8 Jun – Resorts World Cruises, jenama kapal pesiaran mewah dan gaya hidup dinamik hari ini mengumumkan kapal utamanya, Genting Dream, akan belayar dari Singapura ke destinasi antarabangsa bermula 1 Julai dan seterusnya.

 

Ia termasuk pelayaran ke Kuala Lumpur dan Melaka (menerusi Port Dickson) dan Pulau Pinang di Malaysia serta Kepulauan Bintan dan Batam di Indonesia.

 

“Kami akan terus menambah lebih banyak lagi destinasi popular ke Phuket dan Krabi di Thailand dam North Bali di Indonesia bermula Oktober 2022 dan seterusnya bagi menyediakan kepada pelanggan kami dengan lebih banyak pilihan destinasi,” kata presiden Resorts World Cruises, Michael Goh, dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

 

Goh mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Singapura, Indonesia, Malaysia dan Thailand atas sokongan berterusan mereka dalam melancarkan destinasi pelayaran dengan Resorts World Cruises.

Menurut kenyataan itu, pesiaran tiga malam Kuala Lumpur dan Melaka (menerusi Port Dickson)-Pulau Pinang akan belayar bermula 3 Julai dan seterusnya dan kemudiannya pesiaran dua malam Kuala Lumpur dan Melaka (menerusi Port Dickson) akan belayar pada Rabu.

Destinasi pertama pelayaran adalah pada 1 Julai dengan pesiaran dua malam di Kepulauan Bintan dan Batam yang belayar pada Jumaat. – BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2115
Kongsi :
Previous post Mayat wanita warga emas melecur 70 peratus
Next post Ab Rauf santuni bakal haji dan hajah
Ubah saiz-+=