
KAPAL TANGKI DITAHAN, BERSAUH TANPA KEBENARAN
KLEBANG 28 Februari – Sebuah kapal tangki ditahan selepas didapati bersauh tanpa kebenaran pada kedudukan kira-kira 1.0 batu nautika barat daya perairan Klebang, awal pagi semalam.
Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Melaka/Negeri Sembilan, Komander Maritim Norrimi Hassan berkata, kehadiran kapal tangki itu dikesan oleh sepasukan penguatkuasa ketika melaksanakan operasi rondaan.
“Kapal tangki itu didapati bersauh tanpa kebenaran atau mendapat kelulusan daripada Pengarah Jabatan Laut Malaysia.
“Hasil pemeriksaan lanjut dijalankan kami turut mendapati bahawa buku pelaut kru kapal telah tamat tempoh, susulan itu kapal berkenaan ditahan kira-kira jam 1 pagi,” katanya.
Menurutnya, nakhoda dan jurutera kapal yang juga warga Indonesia dibawa ke jeti maritim oleh penguatkuasa bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
“Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan tindakan Undang-Undang akan diambil sekiranya didapati bersalah.
“Maritim Malaysia juga menasihatkan kepada semua ejen kapal dan juga komuniti maritim supaya sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan selain akan terus mempergiat usaha bagi membanteras aktiviti bersauh tanpa kebenaran ini,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR: 5,170 ADUAN RAKYAT DITERIMA, 73.29 PERATUS SELESAI
TANJUNG BIDARA 19 September - Sebanyak 5,170 aduan rakyat diterima sepanjang pelaksanaan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) di seluruh...
WRUR: 2,300 RAKYAT MEMERLUKAN DISANTUNI, TERIMA BANTUAN RM345,000
TANJUNG BIDARA 19 September - Seramai 2,300 penerima disantuni secara langsung menerusi bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sepanjang pelaksanaan Program...
WRUR: 28 DUN, 1,981 PROGRAM, HAMPIR 100,000 RAKYAT MELAKA DAPAT MANFAAT
TANJUNG BIDARA 19 September - Sebanyak 1,981 program dan aktiviti dilaksanakan sepanjang dua tahun Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR)...
WRUR SELESAI DI 28 DUN, AMANAH KEPADA RAKYAT TIADA GARIS PENAMAT
TANJUNG BIDARA 19 September - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang telah menjelajah kesemua 28 Dewan Undangan Negeri (DUN)...
KEMERIAHAN PANTAI TANJUNG BIDARA BAWA REZEKI BUAT PENIAGA
TANJUNG BIDARA 19 September - Meriah bukan sahaja dengan kehadiran pengunjung malah penganjuran Pesta Pantai Tanjung Bidara yang diadakan bersekali...
WRUR, JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT RANCAKKAN EKONOMI KOMUNITI
TANJUNG BIDARA 19 September - Penganjuran Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) dan Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat turut memberikan...
