Karnival Baitulmal MAIM bakal dijadikan program tahunan

Masa Membaca:1 Minit, 32 Saat

BANDA HILIR 16 Disember – Karnival Baitulmal Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) yang julung diadakan pada tahun ini akan dijadikan acara tahunan dengan membawa pembaharuan setiap kali penganjuran.

Setiausaha MAIM Muhammad Ikram Ibrahim berkata, Karnival Baitulmal yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini sehingga Ahad adalah julung kali diadakan di Dataran Pusat Islam Melaka.

Beliau berkata, sepanjang tiga hari penganjuran terdapat pelbagai pengisian program yang bukan hanya membabitkan golongan dewasa malah kanak-kanak.

“Untuk tiga hari ini antara program yang diadakan termasuklah forum perdana, forum untuk kaum wanita contoh berkaitan hak wanita selepas penceraian, bengkel cucian luka dan cara penjagaan orang sakit.

“Ia bukan hanya membabitkan asnaf kaum Melayu tetapi juga bangsa lain termauk Iban dan Kadazan dengan penganjuran pertandingan memasak.

“Tahun ini adalah penganjuran kali pertama dan Karnival Baitulmal ini akan diteruskan pada tahun berikutnya, setipa hujung tahun. Malah kita akan membawa pembaharuan setiap tahun contohnya dengan mengetengahkan produk baharu,” katanya.

photo_2022-12-16_14-35-37
Setiausaha MAIM, Muhammad Ikram bin Ibrahim. Foto: MR. AZLI

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Bacaan Yasin Dan Doa Selamat Sambutan Penubuhan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Ke-62 Tahun yang disempurnakan Timbalan Pengerusi MAIM Datuk Wira Md Rawi Mahmud, di Masjid Kampung Hulu, semalam.

Muhammad Ikram berkata, dengan kepelbagain program dan aktiviti pihaknya menyasarkan kira-kira 10, 000 pengunjung akan menghadiri karnival itu yang mana majlis perasmian penutup akan berlangsung pada Ahad.

“Selain program di tapak karnival, kita juga akan adakan Konvoi Amal dengan menyantuni asnaf dirumah mereka serta menyampaikan sumbangan.

“Setiap hari kita anggarkan antara 500 hingga 2,000 individu dan untuk tiga hari itu kita jangkakan kehadiran pengunjung antara 8,000 hingga 10,000 malah karnival ini diharap akan menjadi antara program yang akan dianantian oleh penduduk Islam di Melaka setiap tahun,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2242
Kongsi :
Previous post Angka kematian meningkat kepada 11 orang, 23 masih hilang – Saifuddin Nasution
Next post Tanah runtuh: 51 dewasa, 30 kanak-kanak berdaftar di tapak perkhemahan malam tadi
Ubah saiz-+=