Kebolehpasaran graduan PMM cecah 99.3 peratus

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

MERLIMAU 4 Disember – Kadar kebolehpasaran graduan Politeknik Merlimau Melaka (PMM) pada tahun 2021 berada pada tahap tertinggi sehingga mencecah hampir 100 peratus.

Pengarah PMM, Norizam Sekak berkata peratusan kebolehpasaran itu meningkat 2.3 peratus berbanding pada tahun 2020 iaitu sebanyak 97 peratus.

Katanya, PMM sentiasa berusaha menambahbaik dan meningkatkan budaya penyelidikan, inovasi, dan pengkomersialan.

“Kadar kebolehpasaran tahun 2021 berada pada tahap tertinggi dengan 99.3 peratus.

“Salah satu usaha kebolehpasaran graduan ini adalah menerusi dana penyelidikan.

“Sehingga kini PMM telah menerima sejumlah RM 1.83 juta geran penyelidikan dan sebanyak 87 kolaborasi antara PMM bersama industri, agensi kerajaan serta universiti,” katanya dalam sidang media hari ini.

Hadir sama, Pegawai Eksekutif Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Datuk  Iskandar Hussein Mohamed Hussein.

62EA1469-8459-4D16-A200-7A1B11E2F2F7
GRADUAN PMM

Mengulas lanjut, Norizam berkata menerusi Inisiatif Kemajuan Kerjaya Laluan Pakar Bidang Khusus yang diperkenalkan kerajaan, PMM telah mengiktiraf seramai 107 atau 41.15 peratus tenaga pakar yang layak dalam bidang profesional dan sijil.

“Semua ini bagi memastikan ilmu dan kemahiran dimiliki pensyarah dan pelajar adalah yang terkini dan selari dengan amalan dilaksanakan pihak industri,” jelasnya.

Dalam istiadat konvokesyen kali ke-20 itu seramai 1,429 graduan menerima diploma.

Istiadat terbabit diadakan sebanyak empat sidang selama dua hari bermula semalam dan hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1829
Kongsi :
Previous post Infrastruktur SRA JAIM di Rim dinilai semula – Khaidhirah
Next post Aktif kokurikulum hilangkan stres belajar
Ubah saiz-+=