KEDAI MAKAN KOTOR, TIADA LESEN KENA KOMPAUN

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 22 Oktober – Dua kedai makan dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) diarahkan tutup selama 14 hari dan dikenakan kompuan selepas kebersihan lokasi penyediaan makanan dikesan berada dalam keadaan kotor.

Mengulas mengenai lanjut Yang Dipertua MPHTJ, Datin Sapiah Haron berkata, kesalahan itu dikesan pihaknya hasil Operasi Kebersihan Premis Makanan yang turut membabitkan pegawai daripada Jabatan Kesihatan Daerah Melaka Tengah dan Indah Water Konsortium (IKW) pada Ahad lalu.

“Sepanjang operasi sama kami turut memeriksa beberapa lagi premis dan hasilnya secara keseluruhan sebanyak 23 kompuan yang berjumlah RM5,750 dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

“Arahan penutupan dua premis dikesan dalam keadaan kotor dikeluarkan oleh pegawai jabatan kesihatan. Sebenarnya premis yang diperiksa ini sudah beberapa kali diberikan amaran, namun ada yang masih ingkar, teguran membabitkan aspek syarat lesen perniagaan, kebersihan dan kacau ganggu lain,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Sapiah berkata, pemeriksaan terhadap premis berkenaan turut disertai Timbalan Ahli Majlis MPHTJ, Clr. Esrul Efindi Dahlan dan pegawai bahagian anggota penguatkuasaan MPHTJ.

“Berhubung dua premis yang diarah tutup akibat kotor, kita akan bincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa perlesenan MPHTJ, untuk menarik lesen mereka atau sebaliknya.

“Sementara itu tindakan mengeluarkan kompuan dilakukan kerana sebahagian besar premis diperiksa ini tidak memiliki lesen perniagaan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

177
Kongsi :
Previous post MELAKA SAMBUT BAIK PENUBUHAN PORTAL FRAUD KEBANGSAAN
Next post POLIS TAHAN LELAKI WARGA ASING DISYAKI BUNUH RAKAN
Ubah saiz-+=