Kedatangan pelancong ke Melaka dijangka pulih 75 peratus – Exco

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER KEROH 11 Okt – Kedatangan pelancong ke negeri ini dijangka pulih sehingga 75 peratus selepas kerajaan membenarkan pergerakan merentas negeri bermula hari ini, kata Exco Pelancongan Datuk Muhammad Jailani Khamis.

Menurutnya, rentetan itu, Melaka dijangka kembali sesak dengan kenderaan pelawat di jalan-jalan utama negeri selepas kira-kira sembilan bulan tidak menerima kedatangan pelancong luar.

Exco Pelancongan Datuk Muhammad Jailani Khamis

“Kita jangkakan kehadiran pelancong di Melaka akan pulih dalam 70 hingga 75 peratus selepas dibenarkan rentas negeri.

“Jadi (dijangka) hujung minggu ini Melaka akan jadi sangat sibuk (kenderaan pelawat)…jadi kita minta supaya mereka (pengunjung) ambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19,” katanya.

Muhammad Jailani berkata, kerajaan negeri menyasarkan 6.5 juta pelancong ke Melaka sehingga hujung tahun ini berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

“Sebelum ini bila kita buka untuk rentas daerah dalam masa lima hari sahaja Menara Taming Sari (MTS) terima 3,000 pengunjung pada Sabtu dan Ahad.

“Jadi kita rencanakan sebaik mungkin, insya-Allah dalam minggu ini kita akan umumkan berita baik…kita sasar 6.5 juta pengunjung tahun ini akan masuk ke Melaka.

“Tapi hujung minggu ini saya takut pelancong yang datang mendadak, sebab itu kita kena bersiap sedia,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

473
Kongsi :
Previous post Md Rawi tidak pertahan DUN Tanjung Bidara
Next post Rentas Melaka demi asam pedas
Ubah saiz-+=