
Kejayaan Janusha buktikan anak Malaysia hebat di pentas dunia – PM
KUALA LUMPUR, 13 Jun – Kejayaan Pegawai Kadet Kanan (PKK) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) B. Janusha yang menjadi pegawai wanita pertama negara menamatkan pengajian dan latihan ketenteraan di Akademi Tentera Laut Amerika Syarikat (USNA) membuktikan anak Malaysia hebat di pentas dunia.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia juga menyerlahkan kewibawaan golongan wanita muda Malaysia untuk bersaing dalam dunia ketenteraan.
“Semoga kejayaan ini menjadi suntikan semangat kepada warga TLDM untuk terus berusaha mencapai kejayaan di masa hadapan.
“Syabas dan tahniah PKK Janusha!” katanya dalam catatan di laman Facebooknya hari ini.
Janusha, 23, yang merupakan anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang mencipta sejarah apabila menjadi wanita Malaysia pertama diterima masuk ke USNA dalam sejarah kemasukan pelajar negara ini ke akademi tentera berprestij Amerika Syarikat (AS) itu sejak 1971.
Beliau mula menjalani pengajian dan latihan ketenteraan di USNA pada 2018 selama empat tahun bersama 1,085 pelatih dari AS dan 14 pelatih dari luar negara itu.
Majlis Tamat Pengajian disempurnakan oleh Presiden Amerika Syarikat Joe Biden.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘MISTERI’ BANJIR 20 TAHUN SELESAI
KESIDANG 17 Jun – Masalah banjir yang menghantui ribuan penduduk di beberapa kawasan sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang selama...
6 INISIATIF UTAMA PERKASA USAHAWAN MELAKA
KESIDANG 17 Jun – Diberi mandat sebagai Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna pada 2023 dimanfaatkan sepenuhnya Allex...
BERANI BERDEPAN ISU PRINSIP YB ALLEX
KESIDANG 17 Jun – Tidak berselindung di sebalik jawatan dan protokol, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kesidang, Allex Seah Shoo...
WRUR TELOK MAS: PBT BUKAN SEKADAR PEMUNGUT CUKAI
TELOK MAS 17 Jun – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak seharusnya dilihat hanya sebagai pemungut cukai, sebaliknya pihak pemudah cara...
WRUR TELOK MAS : ‘TOK AJAK’ MAHU ZIARAH 100 RUMAH
TELOK MAS 17 Jun – Dari rumah ke rumah, suara dan keluhan penduduk akan terus disantuni menerusi Program Ziarah Kasih...
TOKONG 178 TAHUN JADI NADI KOMUNITI CINA TELOK MAS
TELOK MAS 17 Jun – Berusia 178 tahun, Tokong Cheng Wah Keong bukan sahaja kekal sebagai antara rumah ibadat tertua...
