‘Keli tempoyak pucuk ubi bersimpul kasih di Melaka’ tawan hati juri

Masa Membaca:52 Saat

BANDARAYA MELAKA 26 Februari – Bukan sahaja kerana namanya yang unik, keenakan dan kemasan hiasan hidangan ‘Keli tempoyak pucuk ubi bersimpul kasih di Melaka’ disediakan Masturah Rasimin, 45, berjaya menambat hati juri, sekali gus muncul johan kategori ‘Traditional Cuisine’ Pertandingan Memasak Sungai/ Air Tawar 2024.

Atas kemenangan itu Masturah yang berasal dari Sungai Rambai, membawa pulang wang tunai bernilai RM1,000 yang disampaikan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Masturah berkata suami dan anak banyak memberi galakan untuk dia menyertai pelbagai pertandingan masakan yang dianjurkan sebelum ini.

“Syukur diumumkan sebagai johan, ini kali ketiga saya menyertai pertandingan memasak dan kali ketiga diumumkan sebagai juara.

“Alhamdulillah, berkat sokongan keluarga dan hobi suka memasak sejak kecil saya sentiasa mencuba masakan baharu sebagai persediaan untuk menyertai pertandingan pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui di lokasi pertandingan di Pengkalan Rama, di sini, semalam.

Untuk rekod, seramai 50 peserta dari dalam dan luar Melaka menyertai pertandingan memasak menerusi dua kategori iaitu ‘Tradisional Cruisine’ dan ‘Moden Cruisine’.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

6091
Kongsi :
Previous post Lima kereta, 11 motosikal musnah dalam kebakaran bengkel
Next post Menu kreatif onde-onde isi ikan keli
Ubah saiz-+=