
Lima kereta, 11 motosikal musnah dalam kebakaran bengkel
SUNGAI PETANI, 26 Februari – Sebanyak lima kereta dan 11 motosikal musnah dalam kebakaran dua bengkel membaiki kenderaan di Taman Keladi dekat sini, kira-kira 5 pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani, Timbalan Penguasa Bomba I, Ismail Mohd Zain berkata pusat gerakan operasi menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 5.23 pagi tadi dan sepasukan bomba digerakkan ke lokasi kejadian.
“Seramai 17 pegawai dan anggota dari BBP Sungai Petani dan BBP Amanjaya digerakkan ke lokasi bersama jentera bomba. Turut membantu, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bakar Arang.
“Api berjaya dikawal pada pukul 5.45 pagi dan operasi tamat pada pukul 6.36 pagi tadi. Tiada mangsa yang dilaporkan cedera,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan, katanya lagi.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
IKHTIAR TOK HAMEED AKHIRI EPISOD BANJIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 4 Oktober - Sebanyak 11 lintasan pembetung (crossing culvert) di jajaran terusan sungai atau tali air di Kampung...
DARI KANDANG HINGGA LANDSKAP, ZOO MELAKA AKAN DICERIAKAN
AYER KEROH 4 Oktober - Zoo Melaka bakal menerima sentuhan warga Kerajaan Negeri menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ketua...
LEBIH 1,000 ANAK MELAKA DAPAT MANFAAT KURSUS KAHWIN PERCUMA
AYER KEROH 4 Oktober - Seramai 1,002 bakal pengantin di Melaka mendapat manfaat Kursus Kahwin Percuma anjuran Majlis Agama Islam...
RM300,000 NAIK TARAF PADANG TAMAN DATUK SETIA
AYER LIMAU 4 Oktober - Penduduk Taman Datuk Setia kini boleh menikmati kemudahan riadah yang lebih selesa apabila padang awam...
TOK RAUF SUBURKAN PROGRAM AGAMA DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 4 Oktober - Sokongan berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terhadap pelbagai program keagamaan di...
MESRA KERAJAAN TEMPATAN: 3,882 PETAK PARKIR PERCUMA DI JASIN
AYER KEROH 4 Oktober - Pendekatan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Kerajaan Tempatan bukan sahaja merangkumi usaha berterusan meningkatkan kemudahan untuk...
