Kelindan lori maut dalam nahas di Kilometer 195.3

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

ALOR GAJAH 27 April – Seorang maut, manakala seorang lagi cedera dalam nahas membabitkan sebuah lori dan treler di Lebuhraya Utara-Selatan Kilometer (KM) 195.3 Arah Selatan antara laluan Ayer Keroh ke Jasin, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.17 pagi tadi,  mangsa yang maut ialah kelindan lori Muhamad Yusry Azman, 23.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Ashari Abu Samah berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua buah kenderaan sedang dalam perjalanan menghala ke Johor.

Katanya, kemalangan berlaku, treler yang membawa muatan gula telah mengalami kerosakan pada enjin dan berhenti di lorong kecemasan.

Tidak lama selepas itu, datang sebuah lori yang membawa muatan plastik merempuh belakang sebelah kanan treler berkenaan mengakibatkan kelindannya mengalami kecederaan parah dan maut di tempat kejadian, manakala pemandunya mengalami kecederaan ringan.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah serta Pol 61 telah diserahkan untuk bedah siasat manakala pemandu lori yang cedera pula telah dibawa ke Hospital Jasin untuk menerima rawatan dan kini ditempatkan di zon hijau.

“Pemandu treler telah diminta hadir ke Balai Polis Trafik Alor Gajah untuk siasatan lanjut dan kenderaan-kenderaan terlibat telah ditahan untuk dibawa ke Puspakom bagi pemeriksaan kenderaan,” katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih diteruskan memandangkan tiada saksi bebas dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen Sek 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurut Ashari, kemalangan tersebut mengakibatkan kesesakan luar biasa menghala ke selatan kerana dua lorong ditutup bagi kerja-kerja pembersihan.

Jelasnya, empat anggota trafik peronda lebuhraya dan dua anggota Unit Siasatan Lebuhraya (USLR) telah ditempatkan di lokasi kejadian bagi kawalan lalu lintas.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1004
Kongsi :
Previous post Kebajikan warga Rembia jadi keutamaan – Fairul Nizam
Next post Zamani Slam meriahkan raya di Taboh Naning
Ubah saiz-+=