Kemasukan pelajar IPT secara berperingkat mulai 15 Oktober – Noraini

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

KUALA LUMPUR 14 Sept – Kemasukan semula semua warga Institut Pendidikan Tinggi (IPT) ke kampus bagi yang sudah lengkap vaksin dilaksanakan secara berperingkat mulai 15 Oktober depan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, ia melibatkan semua kategori pelajar dan Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan keutamaan kepada pelajar berkeperluan.

Katanya, sehingga kini 66 peratus pelajar dan 90 peratus kakitangan IPT sudah lengkap divaksin.

“Sehingga kini juga terdapat seramai 1.2 juta pelajar IPT yang telah mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) melebihi tiga semester.

“Ini cabaran besar kepada warga IPT terutama dari sudut psikologi dan mental, justeru Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) meluluskan kemasukan pelajar secara berperingkat mulai 15 Oktober.

“Proses kemasukan pelajar akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) pendidikan tinggi termasuk pengoperasian IPT, keberadaan warga IPT yang lengkap divaksin sekali gus membentuk komuniti sosial yang selamat serta mewujudkan persekitaran Fasa 4 PPN di dalam kampus,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Pengumuman Pengoperasian IPT disiarkan secara langsung Facebook Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), di sini, hari ini.

Ujarnya, KPT menetapkan proses kemasukan pelajar ke IPT dilaksanakan secara berperingkat bermula 15 Oktober mengikut kalendar akademi IPT masing-masing.

“KPT sedar kemasukan pelajar IPT melibatkan jumlah yang besar, situasi ini mungkin menyebabkan kebimbangan terhadap kebimbangan dan keselamatan pelajar.

“Pergerakan pelajar ke kampus berdasarkan kepada dua kategori pertama bagi pelajar di Semenanjung surat kebenaran kembali ke kampus yang dikeluarkan oleh pihak IPT masing-masing.

“Manakala pergerakan pelajar IPT masuk ke Sarawak, Sabah dan Labuan perlukan surat kebenaran kembali ke kampus oleh pihak IPT, surat kebenaran rentas daerah atau negeri dari pihak PDRM sebagai dokumen iringan dan tertakluk kepada SOP yang dikuatkuasakan kerajaan negeri seperti melaksanakan kuarantin dan ujian swab RT-PCR,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

431
Kongsi :
Previous post Kadar pengangguran rakyat Malaysia turun pada suku kedua tahun ini- Saravanan
Next post Teratak pusaka hangus terbakar diganti baharu
Ubah saiz-+=