Kemeriahan Ambang Merdeka bukti perpaduan Malaysia Madani

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER KEROH 31 Ogos – Kemeriahan sambutan Ambang Merdeka Sempena Hari Kebangsaan Peringkat negeri diadakan di Dataran Sejarah Ayer Keroh membuktikan perpaduan rakyat terus kekal utuh di bawah Kerajaan Madani.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, kehadiran kira-kira 30,000 rakyat berbilang bangsa turut membuktikan semangat patriotisme menyambut tahun Ke-66 kemerdekaan negara tidak pernah luntur.

“Kita lihat rata-rata rakyat yang cintakan negara dan erti kemerdekaan ini sanggup datang untuk meraikan detik hari bersejarah.

“Kali ini semua diraikan dengan persembahan lagu-lagu patriotik dan kebudayaan semua bangsa agar kita dapat nikmati kemerdekaan dalam kepelbagaian budaya hasil daripada perpaduan yang kita kecapi selama 66 tahun.

“Terima kasih kepada rakyat Melaka yang menunjukkan semangat patriotisme yang amat tinggi dengan ditambah semangat mengibarkan Jalur Gemilang menunjukkan kita sedang mencapai satu perpaduan yang amat baik di bawah Kerajaan Madani,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan amanatnya pada Sambutan Ambang Merdeka Sempena Hari Kebangsaan 2023 Peringkat Negeri Melaka diadakan di Dataran Sejarah Ayer Keroh, di sini, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin, Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan serta barisan Exco Kerajaan Negeri.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1609
Kongsi :
Previous post Bacaan surah al-Fatihah wanita Orang Asli pikat hati juri
Next post Gempa bumi lemah Ranau: Gegaran dirasai, tiada insiden tidak diingini
Ubah saiz-+=