
Kempen Beli Barangan Malaysia akan rangsang semula ekonomi negara
BANDA HILIR 29 Ogos – Majlis Perasmian Program Jualan Malaysia dan Kempen Beli Barangan Malaysia Peringkat Negeri Melaka yang diadakan di pusat membeli belah Mahkota Parade, di sini, berlangsung dalam keadaan meriah.
Majlis yang dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Alexander Nanta Linggi dan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali itu lanjutan pelancaran kempen yang dirasmikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 18 Julai lalu.

Terdahulu, Sulaiman dalam ucapannya berkata, pelaksanaan kempen ini diadakan tepat pada masa tatkala rakyat terutamanya golongan B40 masih terkesan teruk dengan pandemik COVID-19.
“Kempen yang diadakan ini diharap dapat
membantu golongan rakyat yang terjejas termasuk merangsang semula kegiatan ekonomi demi kebaikan semua pihak,” katanya.
Mengulas lanjut beliau, kerajaan negeri menyambut baik Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang telah dilancarkan oleh Kerajaan Persekutuan dengan 3 TERAS utama iaitu Memperkasakan Rakyat (Empower People); Melonjakkan Perniagaan (Propel Businesses) dan Merangsang Ekonomi (Stimulate the Economy).
Hadir sama Timbalan Menteri KPDNHEP Datuk Rosol Wahid dan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Ar Ismail Othman.
Views:
Related
Berita Lain
KUTIPAN SAMPAH DI MELAKA DIAWALKAN PADA MALAM RAYA
KLEBANG 13 Mac - Operasi kutipan sisa domestik di Negeri Melaka akan diawalkan bermula jam 12.30 tengah malam pada malam...
SUNGAI MELAKA JADI SAKSI ANAK MUDA KHATAM AL-QURAN
DUYONG 13 Mac - Alunan ayat suci al-Quran bergema sepanjang perjalanan menelusuri Sungai Melaka sekali gus menjadi saksi syiar Islam...
AB RAUF SANTUNI PENIAGA, PENGUNJUNG BAZAR RAMADAN PEKAN MERLIMAU
MERLIMAU 13 Mac – Suasana di Bazar Ramadan Pekan Merlimau bertambah meriah apabila Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...
AB RAUF SAMPAIKAN BANTUAN RAMADAN KEPADA WARGA JASIN
JASIN 13 Mac – Seramai 150 penerima dalam kalangan asnaf, Orang Kurang Upaya (OKU), mualaf, anak-anak yatim serta ibu atau...
JIRAN PEMURAH JENTIK HATI CEF AMANN TEOH PELUK ISLAM
BANDARAYA MELAKA 12 Mac - Sifat pemurah jiran Muslim dari Lubnan yang tidak pernah lokek bersedekah walaupun hidup sederhana menjadi...
PARKIR PERCUMA SEMPENA AIDILFITRI DIJANGKA GAMIT PELANCONG KE MELAKA
AYER KEROH 12 Mac - Inisitif parkir percuma dilaksanakan Kerajaan Negeri besempena cuti sambutan Hari Raya Aidilfitri mampu menggamit lebih...


