
Sulaiman lawat DUN Machap Jaya
MACHAP JAYA 29 Ogos – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali hari ini hadir ke Program Lawatan Ketua Menteri ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya.
Dalam lawatan tersebut, beliau terlebih dahulu menunaikan solat subuh berjemaah di Masjid Nurul Faizin Kampung Baru Menggong, yang diimamkan Ustaz Said Lazim.

Sulaiman turut meluangkan masa mendengar kuliah subuh disampaikan Ustaz Kamarudin bersama jemaah lain.
Beliau kemudian mengunjungi kediaman salah seorang penduduk Felda Tun Ghaffar Menggong, Baba Ibrahim yang mana rumahnya dipenuhi dengan Jalur Gemilang.


Selepas itu, Sulaiman berkesempatan mengadakan Program Sentuhan Kasih di beberapa kediaman dalam Felda Tun Ghaffar Menggong dan turut beramah mesra dengan penduduk dalam kawasan DUN tersebut.
Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Negeri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Negeri Melaka Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan, Timbalan Pengerusi Perhubungan MCA Melaka Datuk Wira Koh Nai Kwong serta barisan kepimpinan setempat.
Views:
Related
Berita Lain
BERANI BERDEPAN ISU PRINSIP YB ALLEX
KESIDANG 17 Jun – Tidak berselindung di sebalik jawatan dan protokol, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kesidang, Allex Seah Shoo...
WRUR TELOK MAS: PBT BUKAN SEKADAR PEMUNGUT CUKAI
TELOK MAS 17 Jun – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak seharusnya dilihat hanya sebagai pemungut cukai, sebaliknya pihak pemudah cara...
WRUR TELOK MAS : ‘TOK AJAK’ MAHU ZIARAH 100 RUMAH
TELOK MAS 17 Jun – Dari rumah ke rumah, suara dan keluhan penduduk akan terus disantuni menerusi Program Ziarah Kasih...
TOKONG 178 TAHUN JADI NADI KOMUNITI CINA TELOK MAS
TELOK MAS 17 Jun – Berusia 178 tahun, Tokong Cheng Wah Keong bukan sahaja kekal sebagai antara rumah ibadat tertua...
ANAK TANJUNG BIDARA TERIMA KOMPUTER RIBA SUMBANGAN ‘TOK RAUF’
TANJUNG BIDARA 17 Jun - Sumbangan komputer riba yang disampaikan sendiri Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menjadi...
ILMU KEIBUBAPAAN PANDUAN PENTING BUAT BAKAL IBU
TELOK MAS 17 Jun -Setiap wanita menunggu kelahiran cahaya mata perlu mempersiapkan diri daripada aspek fizikal, emosi dan mental yang rapi...


