
Kenaikan gaji penjawat awam akan diperincikan semasa pembentangan Belanjawan 2025
PUTRAJAYA, 1 Mei – Perincian mengenai kenaikan gaji penjawat awam akan diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2025 yang dijangka pada Oktober depan.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil berkata kenaikan gaji melebihi 13 peratus itu membuktikan komitmen kerajaan kepada penjawat awam.
“Pengumuman Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) pada hari ini amat-amat positif. Saya percaya inilah yang diperjuangkan golongan pekerja dan kita seharusnya menyambut baik usaha ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Pekerja 2024 peringkat kebangsaan di sini hari ini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan hari ini mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam melebihi 13 peratus bermula Disember ini, sekali gus yang tertinggi dan terbaik dalam sejarah negara.
Kenaikan itu melibatkan peruntukan lebih RM10 bilion.
Mengulas lanjut Menteri Komunikasi itu berkata kenaikan itu hanya boleh berlaku susulan pengurusan dan tatakelola yang lebih baik diamalkan Kerajaan Perpaduan, terutamanya dalam usaha melawan rasuah.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LEBIH 1,000 NELAYAN BERLESEN SELURUH MELAKA TERIMA ‘GPS FINDER’ SECARA BERPERINGKAT
TANJUNG BIDARA 18 September - Seramai 1,100 nelayan berlesen dan berdaftar seluruh Melaka dijangka akan menerima peranti 'GPS Finder' masing-masing...
24 DEKAN ICT TURUN PADANG, 380 PELAJAR SMK BUKIT KATIL TEROKA DUNIA TEKNOLOGI
BUKIT KATIL 18 September - Seramai 380 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Katil mendapat pendedahan secara langsung mengenai dunia...
MASJID 115 TAHUN PENGKALAN BALAK KEMBALI ‘BERCAHAYA’ HASIL USAHA TOK RAUF
TANJUNG BIDARA 18 September - Masjid Al-Jawahir Pengkalan Balak yang berusia 115 tahun kini tampil dengan wajah baharu dan lebih...
‘GPS FINDER’ KURANGKAN RISIKO NELAYAN SESAT, BANTU KESAN LUBUK IKAN
TANJUNG BIDARA 18 September - Sumbangan 'GPS Finder' daripada Kerajaan Negeri bakal mengurangkan risiko nelayan tersesat akibat gagal mengesan daratan...
TOK RAUF TAK CAKAP KOSONG, BALAI NELAYAN MULA DIBINA, ‘GPS FINDER’ SUDAH DITERIMA
TANJUNG BIDARA 18 September - Dianggarkan dalam tempoh sebulan lagi komuniti nelayan di Pasir Gembur akan menikmati kemudahan balai nelayan...
LEBIH RAMAI ANAK MELAKA BAKAL NIKMATI TUISYEN PERCUMA
TANJUNG BIDARA 18 September - Program Insentif Tuisyen Percuma bakal diperluaskan ke semua daerah di Melaka bagi membuka peluang kepada...
