
Kepala air Asahan: Tiada kemalangan jiwa dilaporkan
ASAHAN 16 Mei – Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kepala air yang berlaku di Laman 3 Budaya di sini, hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Abu Bakar Katain berkata, operasi menyelamat itu bermula kira-kira jam 1 tengah hari dan berakhir pada jam 4.42 petang.
Katanya, keseluruhan seramai 88 mangsa daripada empat kumpulan berjaya diselamatkan oleh sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin secara berperingkat.
“Kumpulan pertama terdiri daripada 40 orang didapati telah selamat dan berjaya melintasi sungai berkenaan serta telah berada di Laman 3 Budaya.
“Anggota kemudiannya meneruskan pencarian lebih meluas sehingga ke 600 meter arah pergunungan mendapati tiga kumpulan seramai 48 orang berada lokasi berkenaan.
“Kesemua mereka dibawa turun ke Laman 3 Budaya menggunakan laluan alternatif tanpa melalui sungai berkenaan dan kesemua mangsa berkenaan selamat tanpa apa-apa kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Abu Bakar berkata, selain operasi menyelamat, anggota dari BBP Jasin turut melaksanakan kerja-kerja pengalihan pokok tumbang dengan menggunakan gergaji berantai (chain saw).
Selain itu, katanya, mereka juga membuat pemantauan pengalihan kereta yang terperangkap dalam air di lokasi kejadian.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RUMAH NGAJI, KOMUNITI NELAYAN TERIMA LIMPAHAN NIKMAT JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT
SUNGAI RAMBAI 5 Julai - Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat edisi sulung yang diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai...
WRUR BUKAN NOKTAH KHIDMAT KERAJAAN KEPADA RAKYAT
SUNGAI RAMBAI 5 Julai - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) bukan penamat kepada usaha Kerajaan Negeri menyantuni rakyat, sebaliknya...
POTENSI BESAR SUNGAI RAMBAI SEBAGAI DESTINASI AGROPELANCONGAN
SUNGAI RAMBAI 5 Julai – Sungai Rambai mempunyai potensi besar untuk dibangunkan sebagai destinasi agropelancongan luar bandar, kata Ketua Menteri...
JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT TERJEMAH PERANAN AB RAUF SEBAGAI ‘ADIWIRA’ RAKYAT
SUNGAI RAMBAI 5 Julai - Edisi sulung program Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai...
‘BUKAN RAKYAT CARI KETUA MENTERI, TAPI KETUA MENTERI TURUN JUMPA RAKYAT’
SUNGAI RAMBAI 5 Julai - Program Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat menjadi satu lagi manifestasi keprihatinan Kerajaan Negeri dalam menyantuni...
MELAKA MILIKI STESEN PENYELIDIKAN SAWIT PERTAMA DI SUNGAI RAMBAI
SUNGAI RAMBAI 5 Julai - Kampung Seri Mendapat, Sungai Rambai bakal menjadi kawasan pertama di negeri ini dibangunkan Stesen Penyelidikan...
