Keputusan kemasukan ke UA dikeluarkan hari ini- KPT

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

KUALA LUMPUR 15 Sept – Keputusan permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA) sesi akademik 2021/2022 bagi program pengajian lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf dikeluarkan hari ini dan boleh disemak mulai 12 tengah hari ini.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan semakan keputusan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan iaitu https://jpt.utm.my, http://jpt.uum.edu.my; https://jpt.unimas.my; http://jpt.ums.edu.my dan http://jpt.umt.edu.my.

“Pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran boleh dicetak mulai 16 hingga 25 September ini di laman web UA.

“Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh UA kepada yang berjaya mulai 16 September setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh 10 hari seperti yang dinyatakan,” menurut kenyataan itu.

KPT berkata, hanya pemohon yang gagal mendapat tawaran sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukan ke UA di https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 11 hari mulai hari ini hingga 25 September.

“Tawaran tempat bagi sesi akademik 2021/2022 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program dan universiti tidak dibenarkan.

“Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program
pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

862
Kongsi :
Previous post Mayat lelaki dalam keadaan berulat dijumpai di Jalan Serting Hilir
Next post Tajuddin pengerusi baharu kelab penyokong kerajaan, Mohd Khairuddin timbalan
Ubah saiz-+=