Kerajaan negeri perlu tunai manifesto – TYT

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

SERI NEGERI 28 Feb – Yang di-Pertua negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam berharap kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali menunaikan manifesto yang termeterai dalam Pilihan Raya Negeri, November lalu.

Beliau berkata, janji keseluruhan inisiatif itu perlu dicapai dalam matlamat 100 hari, satu tahun dan lima tahun akan datang perlu dikotakan dan direalisasikan.

“Melalui manifesto pentadbiran negeri dengan tema Kestabilan Demi Kemakmuran menggariskan satu matlamat, lima teras dan 103 inisiatif untuk dilaksanakan bagi memahat kecemerlangan masa depan rakyat dan kegemilangan negeri untuk tempoh lima tahun akan datang.

“Janji termeterai di antara barisan kepimpinan kerajaan dan rakyat adalah keseluruhan inisiatif yang perlu dicapai dalam tempoh 100 hari, setahun, tiga tahun dan lima tahun.

“Oleh itu, saya menasihati Ketua Menteri Melaka dan seluruh barisan kepimpinan kerajaan yang bahary untuk mengambil inisiatif sewajarnya bagi merealisasikan janji tersebut,” katanya ketika berucap pada pembukaan Sidang DUN ke-15 di sini, hari ini.

Mohd Ali berkata amanah itu perlu digalas bagi memastikan Melaka mencapai kestabilan bagi menarik pelaburan luar demi pembangunan negeri dan kesejahteran rakyat.

Katanya, semua barisan kepimimpinan negeri dan wakil rakyat perlu bekerja keras untuk memahami denyut nadi rakyat serta membantu dan memenuhi keperluan rakyat.

“Kestabilan politik kekal menjadi faktor dalam pembangunan negeri, tiada pelabur asing akan berminat untuk melabur di negeri Melaka sekiranya politiknya tidak stabil.

“Justeru, saya berharap agar wakil rakyat yang dilantik dapat melaksanakan tangugngjawab dan amanah yang diberikan oleh rakyat dengan merangka dasar-dasar pembangunan negeri yang mampu menarik lebih banyak pelaburan ke negeri ini demi pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

913
Kongsi :
Previous post Banjir: Gangguan bekalan air di 44 kawasan di Hulu Terengganu
Next post Rancakkan pertanian di Melaka
Ubah saiz-+=