Rancakkan pertanian di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

SERI NEGERI 28 Feb – Kerajaan negeri perlu merancakkan sektor pertanian yang diyakini akan membawa pulangan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Melaka yang semakin menurun ketika ini.

Yang di-Pertua negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam mencadangkan pelbagai kajian perlu dilaksanakan bagi menjadikan Melaka sebagai negeri yang berpotensi sebagai hab pertanian berteknologi tinggi.

Katanya, sebagaimana yang semua maklum, KDNK negeri ini menguncup 5.9 peratuss pada tahun 2020 akibat penularan COVID-19.

“Walaupun semua sektor utama seperti perkhidmatan dan pembuatan mencatat pertumbuhan negatif, tetapi sektor pertanian meunjukkan peningkatan 3.7 peratus.

“Justeru, saya mencadangkan supaya kerajaan negeri menjalankan kajian mengenai potensi negeri menjadi hab industri pertanian berkenologi tinggi.

“Ia  bagi membekalkan sumber makanan sekali gus membolehkan pengurangan import makanan ke Melaka dan Malaysia,” katanya berucap dalam Perasmian Pembukaan Persidangan Kedua Sidang Undangan Negeri (DUN) Melaka yang ke-15 di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Ali tutu menyeru kepimpinan kerajaan negeri yang baharu merangka strategi dan inisiatif pembangunan sektor itu bagi merealisasikan matlamat menuju negeri lestari menjelang tahun 2035.

“Kepimpinan kerajaan negeri dan agensi negeri perlu mempelbagaikan pendapatan rakyat dan negeri menerusi sumber yang terhad. Saya menyeru agar aset-aset terbiar di negeri ini seperti tanah kerajaan, tanah waqaf dan bangunan terbiat diaktifkan penggunaannya bagi menjana ekonomi yang memberi pulangan kepada pihak berkaitan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

798
Kongsi :
Previous post Kerajaan negeri perlu tunai manifesto – TYT
Next post Perbaiki taraf kebersihan Melaka sekarang – Mohd Ali
Ubah saiz-+=