Sorting by

×

Kerajaan negeri sedia bantu pelabur berdepan masalah

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

TABOH NANING 30 Mac – Kerajaan negeri sedia membantu pelabur di negeri ini sekiranya mereka berdepan sebarang masalah termasuk berkaitan tenaga kerja.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, kesediaan itu bertujuan memastikan semua pelabur kekal dan meneruskan operasi mereka di Melaka.

Katanya, dalam keadaan sukar ketika pandemik COVID-19, kebanyakan pelabur berdepan pelbagai krisis sama ada membabitkan operasi mahupun isu tenaga kerja.

“Bagi kerajaan negeri, kita sedia membantu apa sahaja (diperlukan) pelabur sehabis baik supaya mereka terus kekal berada di Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pencapaian Satu Juta Pengeluaran Kenderaan Honda Malaysia di kilang pemasangan syarikat itu di Kawasan Perindustrian Hicom, Pegoh, hari ini.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zaidi Johari dan EXCO Kanan Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh serta Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Sdn Bhd, Madoka Chujo.

Sulaiman berkata, kerajaan negeri memahami pelbagai kesukaran dialami pelabur termasuk Honda Malaysia Sdn Bhd dalam menangani masalah berkaitan pandemik COVID-19.

“Sepanjang tempoh pandemik saya dimaklumkan semua pekerja dikekalkan, tiada sebarang pemberhentian pekerja,” katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri tidak pernah berhenti dan akan terus menyokong segala bentuk pelaburan ingin bertapak di Melaka.

Jelasnya, perkara itu disuarakan bagi memastikan Melaka menjadi pusat pelaburan terkenal di negara ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1393
Kongsi :
Previous post PDRM ambil tindakan tegas dakwaan kes keganasan rumah tangga
Next post Pertumbuhan ekonomi global pulih pada 2021 – BNM
Ubah saiz-+=