Kerajaan perlu teliti kembali dasar untuk tingkatkan pertumbuhan sosioekonomi masa depan

Masa Membaca:2 Minit, 33 Saat

KUALA LUMPUR 16 Mac. – Malaysia perlu meneliti kembali langkah penetapan dasar selain peranan kerajaan dan institusi untuk mempertingkatkan pertumbuhan sosioekonomi masa depan, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata dalam bergerak ke hadapan, negara mesti merangka langkah baharu untuk pertumbuhan yang lebih berintensifkan pengetahuan dan produktiviti.

“Saya sedar bahawa rakyat Malaysia berhasrat untuk bukan hanya memiliki ekonomi berpendapatan tinggi tetapi juga ekonomi yang memberikan peningkatan yang bermakna dalam taraf hidup seluruh penduduk.

“Rakyat Malaysia semakin bercita-cita untuk mencapai kesejahteraan kedua-dua ekonomi dan sosial, taraf hidup yang tinggi, bukan hanya pendapatan yang tinggi; memenuhi pekerjaan yang bukan sekadar untuk membayar bil. Dan penyampaian perkhidmatan awam yang lebih baik, bukan hanya semata-mata mewujudkan perkhidmatan sedemikian,” katanya.

ANTARA ahli panel yang mengambil bahagian dalam perbincangan pada majlis pelancaran laporan Bank Dunia, “Aiming High — Navigating the Next Stage of Malaysia’s Development” hari ini.

Beliau berkata demikian pada pada majlis pelancaran laporan Bank Dunia, ‘Aiming High — Navigating the Next Stage of Malaysia’s Development’ pada Selasa.

Tengku Zafrul menambah berbekalkan semangat seumpama itu, adalah penting untuk menilai kembali bukan hanya kepantasan pertumbuhan Malaysia, tetapi juga kualiti, inklusif dan kemampanannya.

Sebagai contoh, beliau berkata kerajaan harus memastikan peluang yang sama untuk semua rakyat Malaysia, memberikan peluang peningkatan mobiliti dan insentif yang baik untuk tetap dan bekerja di Malaysia.

Menteri Kewangan itu seterusnya menegaskan sumber daya yang lebih besar perlu dilaburkan untuk membina modal insan berkualiti tinggi dan dalam mempermudahkan peluang ekonomi yang lebih luas terutamanya bagi wanita.

Pembaharuan generasi seterusnya untuk meningkatkan produktiviti dan pertumbuhan sektor swasta yang diterajui inovasi juga diperlukan, bersama dengan dasar untuk mempromosikan pengembangan kemahiran dan bakat.

Ini adalah penting dalam memastikan rakyat Malaysia berada di tempat yang lebih baik untuk merebut peluang dan cabaran ekonomi selepas berakhirnya COVID-19, ujar beliau.

Memetik laporan Bank Dunia, Tengku Zafrul menyatakan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi, Malaysia perlu meningkatkan daya saingnya; mewujudkan pekerjaan berkualiti tinggi; mengukuhkan institusinya; dan meningkatkan keupayaannya untuk membiayai peralihan ke status negara berpendapatan tinggi dan maju.

Bank Dunia turut mengunjurkan Malaysia dijangka mencapai peralihannya kepada ekonomi berpendapatan tinggi dalam tempoh lima tahun akan datang, ujar beliau.

“Walaupun menghadapi cabaran yang dicetuskan oleh pandemik, Malaysia tetap komited untuk menjadi negara berpendapatan tinggi. Untuk berjaya, kita memerlukan ketekunan dan keterbukaan untuk meninjau kembali masa depan kita serta memperbaiki dasar dan institusi untuk mencapai pertumbuhan yang berkualiti, inklusif dan mampan.

“Pada akhirnya, menjadi negara berpendapatan tinggi memerlukan ‘cita-cita yang tinggi’. Sekiranya direnungkan kembali sejauh mana kita telah capai sebagai negara yang satu ketika terkenal dengan eksport timah dan getah kepada negara yang ekonominya terbuka dan pelbagai hari ini, saya yakin kita boleh untuk terus bercita-cita tinggi dan memandang ke arah masa depan dengan penuh yakin,” katanya.

Bertemakan “Aiming High — Navigating the Next Stage of Malaysia’s Development”, laporan Bank Dunia menetapkan hala tuju untuk Malaysia memenuhi potensinya, mencapai peralihannya ke status negara berpendapatan tinggi dan mengekalkan pertumbuhan yang adil dan saksama melangkaui pandemik COVID-19.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

327
Kongsi :
Previous post Anwar cadang proses pendaftaran, pengambilan vaksin COVID-19 dipermudahkan
Next post MBMB, MPHTJ benarkan premis berlesen beroperasi sehingga 24 jam sehari
Ubah saiz-+=