
Kes Zayn Rayyan: 3 individu termasuk bekas pengasuh beri keterangan
KUALA LUMPUR, 3 Jun – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengambil keterangan tiga individu termasuk bekas pengasuh kepada kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak itu Disember tahun lepas.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata tindakan memanggil beberapa individu ini ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya itu bagi melengkapkan siasatan yang dilakukan.
“Kemungkinan akan panggil individu lain selepas ini, bergantung kepada hasil soal siasat,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Semalam, media melaporkan polis merampas telefon bimbit ibu bapa Zayn Rayyan bagi siasatan lanjut mengikut prosedur operasi standard (SOP) biasa dalam siasatan.
Terdahulu, Ibu bapa kepada kanak-kanak itu direman tujuh hari bermula 1 hingga 7 Jun ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan itu dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA SEDIA JADI HAB SEMIKONDUKTOR BERTARAF DUNIA
BANDA HILIR 17 Julai - Melaka berada pada landasan terbaik untuk muncul sebagai hab semikonduktor dan pembuatan termaju bertaraf dunia...
PH MELAKA MUKTAMAD TARIK DIRI DARIPADA PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI
MELAKA 16 Julai - Pakatan Harapan (PH) Melaka hari ini mengumumkan keputusan muktamad menarik diri daripada pentadbiran kerajaan negeri susulan...
USAHAWAN MELAKA PERLU BERANI TEROKA PASARAN BAHARU
BANDARAYA MELAKA 16 Julai - Anak Melaka yang terlibat dalam bidang keusahawanan perlu memiliki kemahuan untuk terus maju dalam perniagaan,...
‘MELAKA INDUSTRIAL BOOSTER’ LANCARKAN PERMOHONAN PELABURAN LEBIH RM400 JUTA
BANDARAYA MELAKA 16 Julai - Sejak diperkenalkan pada 2023 inisiatif 'Melaka Industrial Booster' (MIB) telah memudahkan urusan permohonan pelaksanaan projek...
PERUSAHAAN MIKRO PEMANGKIN PERKEMBANGAN EKONOMI MELAKA
BANDARAYA MELAKA 16 Julai - Kerajaan Negeri melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk 'melabur' sebanyak RM1.2 juta bagi membantu perusahaan mikro, kecil...
SEKTOR SEMIKONDUKTOR SUMBANG RM17.6 BILION KEPADA EKONOMI MELAKA
BANDA HILIR 16 Julai - Industri semikonduktor terus menjadi pemacu utama ekonomi Melaka apabila sektor itu menyumbang sebanyak RM17.6 bilion...
