Ketengahkan pelapis baharu pasukan bola sepak pantai DUN

Masa Membaca:55 Saat

PANTAI KUNDOR 15 November – Sukan bola sepak pantai perlu diketengahkan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi melahirkan pelapis baharu yang berbakat dalam sukan tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundor, Tuminah Kadi @ Mohd Hashim berkata, bola sepak pantai berpotensi tinggi untuk diketengahkan walaupun sukan berkenaan kurang popular di negara ini.

“Baru-baru ini saya merasmikan program kesukanan iaitu bola sepak pantai dianjurkan Ketua Pemuda Cawangan Kampung Pantai Kundor, alhamdulillah sambutan menggalakkan, sebanyak 13 pasukan menyertai acara tersebut.

“Atas permintaan bagi mencungkil bakat dan mewujudkan pasukan bola pantai DUN, saya akan mengadakan Pertandingan Bola Sepak Pantai Tertutup yang akan diketuai pemuda bagi melahirkan wakil pasukan bola pantai DUN.

“Penganjuran pertandingan ini wajar diadakan bagi mencungkil lebih ramai lagi pelapis dan bakat baharu dalam sukan itu,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya, hari ini.

Beliau yakin negeri Melaka memiliki ramai pemain baharu yang boleh dicungkil bakatnya menerusi penganjuran pertandingan tersebut.

“Program sebegini amat baik bagi merapatkan hubungan sesama masyarakat disamping memupuk semangat berpasukan, saya harap ia dapat diteruskan bagi mengisi masa lapang yang berfaedah,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1046
Kongsi :
Previous post Menangis lihat landskap Banda Hilir serupa animasi Mechamato
Next post Melaka diiktiraf bandar terbersih dalam Malaysia
Ubah saiz-+=