Melaka diiktiraf bandar terbersih dalam Malaysia

Masa Membaca:1 Minit, 32 Saat

AYER KEROH 15 November – Bandaraya Melaka diiktiraf sebagai bandar terbersih dalam negara menerusi satu pertandingan anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Anugerah itu diraih Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menerusi Anugerah Asean Clean Tourist City Standard (2024-2026).

Datuk Bandar MBMB Datuk Shadan Othman berkata, kejayaan itu sekali gus menjadikan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu mewakili negara pada peringkat Asia Tenggara di Vientiane, Laos pada 26 Januari 2024.

“Kita difahamkan terdapat lebih 10 negeri menyertai anugerah ini dan alhamdulillah komitmen semua pihak di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh melayakkan kita diangkat sebagai bandar terbersih dan akan mewakili negara.

“Bagi saya anugerah ini untuk dikongsi bersama yang mana ia bukan hanya untuk warga MBMB, bahkan untuk masyarakat setempat yang bersama-sama menjayakan aspirasi MBMB untuk menjadikan Melaka negeri terbersih.

“Diharapkan pengiktirafan ini dapat meningkatkan lagi kesedaran orang ramai termasuk pelancong untuk cakna terhadap kebersihan dan keindahan Melaka agar ia terus diwarisi di masa akan datang,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Whatsapp Image 2023 11 15 At 10.58.23 C9837e58
SHADAN

Mengulas lanjut, Shadan juga percaya anugerah tersebut sedikit sebanyak dapat membantu mempromosikan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

“Sebagai negeri pelancongan, kita sememangnya mahu menjadikan Melaka negeri terbersih dan terindah supaya kita dapat menyambut kehadiran pelancong pada bila-bila masa,” katanya.

Sementara itu, Tourism Melaka dalam satu kenyataan mengucapkan tahniah kepada MBMB dan warga Bandaraya Melaka di atas kejayaan itu.

“Syabas di atas usaha dan kerjasama setiap daripada anggota MBMB dan juga agensi teknikal Negeri Melaka yang sama-sama berganding bahu bagi merealisasikan impian sebagai bandaraya yang bersih yang menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar Melaka.

“Terima kasih kepada kepimpinan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh kerana inspirasi menjadikan Bandaraya Melaka sentiasa kekal bersih dan menggamit dunia,” kata kenyataan itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

6363
Kongsi :
Previous post Ketengahkan pelapis baharu pasukan bola sepak pantai DUN
Next post Berkhatan dapat sijil ‘saya sudah besar’
Ubah saiz-+=