Menangis lihat landskap Banda Hilir serupa animasi Mechamato

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

AYER KEROH 15 November – Kerana terlalu teruja dengan keunikan landskap Banda Hilir, seorang pelancong Indonesia menitiskan air mata sebaik melihat bandar itu seakan sama dalam babak filem animasi negara, ‘Mechamato Movie’.

Menerusi ciapan menerusi laman X yang dikongsikan pelancong itu dikenali sebagai Puffie’s berkata, pengalaman pertama menjejakkan kaki ke negeri ini bersama adiknya adalah kenangan paling manis bagi dirinya.

Katanya, dia dan adiknya merupakan peminat watak-watak ‘Spheraverse’ sanggup datang ke Melaka bagi melihat sendiri ‘Kota Hilir’ yang diinspirasikan dari Banda Hilir seperti dalam animasi yang diilhamkan oleh Monsta Studio Sdn. Bhd.

Dalam ciapan itu, dia turut berkongsi beberapa lokasi-lokasi menarik yang dilawatinya di Melaka seperti di Sungai Melaka dan Bangunan Stadhuy’s yang seakan sama dalam landskap animasi Mechamato.

“Pengalaman pertama saya di Malaysia. Saya tidak dapat membayangkan saya mampu melihat set penggambaran seperti dalam Boiboiboy dan Mechamato.

“Saya sampai menangis kerana teruja lebih lebih lagi saya dan adik adalah peminat tegar Spheraverse sejak hampir 12 tahun lalu dan ini merupakan salah satu pencapaian dan pengalaman terbaik dalam hidup saya,” katanya.

Mechamato Movie merupakan sebuah filem aksi cereka animasi tempatan ditayangkan di pawagam pada 8 Disember tahun lalu.

Filem berkisar tentang remaja lelaki bernama Amato yang menjadi watak utama dalam animasi itu berjaya mengutip RM22.5 juta dalam tempoh dua minggu selepas ia ditayangkan seluruh negara.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

12568
Kongsi :
Previous post MPHTJ fokus berikan manfaat kepada komuniti
Next post Ketengahkan pelapis baharu pasukan bola sepak pantai DUN
Ubah saiz-+=