Ketua Jabatan gagal penuhi KPI diberi amaran – KM

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

SERI NEGERI 14 Disember – Mana-mana kakitangan awam Melaka yang tidak memenuhi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dalam tatacara bekerja akan dikenakan tindakan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, kegagalan menjalankan tugas sebagai ketua jabatan mahupun kakitangan Kerajaan Negeri itu tidak wajar diberikan toleransi.

Menurutnya, perkara itu akan dibincangkan bersama Setiausaha Kerajaan Negeri bagi memastikan pelaksanaan itu dikuatkuasakan pada tahun hadapan.

“Saya terima beberapa aduan bila kita bermesyuarat peringkat Japerun sekalipun ada ketua atau wakil jabatan yang tidak hadir, malahan hampir setahun lebih agensi berkenaan tidak hadir sewaktu mesyuarat itu.

“Ini saya tidak ada toleransi, pada yang tidak berminat bekerja di Melaka dipersilakan. Saya memberi amaran pada sidang dewan yang mulia ini saya akan ambil tindakan kalau tidak berminat bekerja di Melaka ‘please let me know’, kita buat kerja untuk rakyat.

“Tolong beri perhatian, jangan minggu ini yang datang orang lain, esok orang lain, bulan depan orang lain… banyak kerja-kerja tertangguh sebab tiada jawapan,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Penggulungan Bajet 2023 Negeri Melaka pada Persidangan Keempat (Bajet), Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri Yang Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1621
Kongsi :
Previous post PPPPKMNM mohon PBT pindah peniaga bazar ke tempat lebih selamat, strategik
Next post Perkasa warga emas untuk tempuhi hari tua
Ubah saiz-+=