Perkasa warga emas untuk tempuhi hari tua

Masa Membaca:56 Saat

PAYA RUMPUT 14 Disember – Bukan sahaja berhak menikmati kesamarataan tanpa mengira latar belakang malah warga emas juga perlu diberi perhatian menerusi sokongan penjagaan kesihatan, kebajikan dan sosioekonomi.

Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri Datuk Kalsom Nordin berkata, perkara itu penting bagi membantu warga emas untuk lebih bersedia menempuh hari tua nanti.

Katanya semua pihak termasuk Kerajaan Negeri, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan komuniti perlu memainkan peranan bagi membantu warga emas.

“Pemerkasaan warga emas menjadi keutamaan demi kelestarian mereka pada masa hadapan. Kesedaran mengenai penuaan perlulah diterapkan daripada peringkat awal lagi.

“Saya selaku Exco bertanggungjawab terhadap kebajikan warga emas meletakkan harapan tinggi kepada pegawai dan kakitangan supaya menggalas tanggungjawab diamanahkan dalam memberi perkhidmatan, penjagaan, perlindungan serta pemulihan terhadap warga emas dengan penuh dedikasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Warga Emas Rumah Seri Kenangan (RSK) Cheng yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri Burhanuddin Bachik, di sini, semalam.

Kalsom berkata warga emas mungkin tida berkemampuan daripada segi tenaga, namun ilmu, pengalaman dan kepakaran mereka miliki sukar untuk diganti.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3099
Kongsi :
Previous post Ketua Jabatan gagal penuhi KPI diberi amaran – KM
Next post Bomba selamatkan warga emas terperangkap dalam lori akibat banjir
Ubah saiz-+=