Sorting by

×

KETUA MENTERI PRIHATIN NASIB ASNAF, INSTITUSI AGAMA DI TANJUNG BIDARA

Masa Membaca:1 Minit, 36 Saat

TANJUNG BIDARA 6 Mac – Kebajikan asnaf dan institusi masjid serta surau dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara antara perkara yang sentiasa diberi perhatian Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Keperibadian itu antara perkara dikongsikan Pengerusi Masjid Sultan Ibrahim Kampung Ayer Hitam Pantai Clr. Shamsul Bahrain Haron.

Anak jati Tanjung Bidara itu berkata, Ab Rauf yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara merupakan seorang pemimpin yang sangat prihatin terhadap institusi keagamaan dan ia dapat dibuktikan menerusi sokongan yang diberikan sepanjang masa termasuklah pada bulan Ramadan.

Dia turut memanjatkan rasa syukur dan berterima kasih apabila Ketua Menteri turut menyampaikan sumbangan berjumlah lebih RM18,000 kepada masjid dan surau di kawasan Kampung Ayer Hitam Pantai bagi menyuburkan suasana Ramadan tahun ini.

“Secara khususnya, masjid ini sentiasa mendapat perhatian Ketua Menteri yang mahukan jemaah dapat menjalani ibadah dengan selesa menerusi pelbagai sumbangan termasuklah sempena Ramadan tahun ini.

“Terima kasih diucapkan kepada Ketua Menteri dan semua agensi terlibat yang memberi tumpuan khusus kepada masjid dan surau, begitu juga nasib asnaf di kawasan ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini selepas Majlis Sumbangan Bantuan Ramadan dan Berbuka Puasa Peringkat DUN Tanjung Bidara di masjid berkenaan, semalam.

Img 20250305 221715 977
AB Rauf menyampaikan sumbangan Ihya Ramadan kepada Masjid Sultan Ibrahim, Kampung Ayer Hitam Pantai. Foto Muhammad Rasul Azli Samad

Sementara itu, seorang asnaf yang juga penerima sumbangan, Azizah Awal, 74, turut berterima kasih kepada Ketua Menteri di atas keprihatinan kepada nasib insan memerlukan pada Ramadan tahun ini.

Dia yang berasal dari Kampung Jeram berkata, sumbangan yang diterima itu amat besar maknanya bagi insan memerlukan.

“Makcik sudah lama mengenali Ketua Menteri dan beliau merupakan seorang pemimpin yang sangat baik dan sentiasa mengambil berat nasib orang kampung.

“Makcik bersyukur dengan sumbangan ini yang dapat membantu untuk persiapan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang nanti,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

Kongsi :
Previous post JAIM PANTAU ‘PORT’ KAKI PONTENG PUASA
Next post BUFET RAMADAN HOTEL DI MELAKA SELAMAT, TIADA YANG DIARAH TUTUP