
JAIM PANTAU ‘PORT’ KAKI PONTENG PUASA
AYER KEROH 6 Mac – Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) melakukan pemantauan di beberapa premis makanan yang dipercayai menjual makanan dan minuman kepada ‘kaki ponteng puasa’.
Jurucakap JAIM berkata, pemeriksaan akan dijalankan di pelbagai lokasi seluruh negeri yang didapati beroperasi lebih awal.
“Operasi khas dan kempen penghayatan Ramadan akan dijalankan seawal jam 9 pagi dan antara premis yang diperiksa adalah di restoran mamak serta medan selera.
“Namun begitu, dalam operasi yang dijalankan setakat ini tiada sebarang tangkapan dibuat walaupun pasukan penguatkuasa ada mengesan individu yang berkelakuan mencurigakan berhenti berhampiran premis makanan,” katanya.
Menurut jurucakap JAIM, pihaknya juga akan mempergiat pemantauan di lokasi yang sering menjadi lokasi tumpuan umat Islam yang tidak berpuasa.
Tambahnya, sekiranya individu didapati melakukan kesalahan seperti tidak berpuasa atau menjual makanan kepada mereka yang tidak berpuasa boleh didakwa di bawah Seksyen 49 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: BAKI KEMPEN DIMANFAATKAN, SITI AISYAH JEJAK PENGUNDI HINGGA SAAT AKHIR
PENGKALAN BATU 13 November - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu, Siti Aisyah Mahmood...
PRN MELAKA: LIMA TAHUN BERKHIDMAT TEMPOH KEMPEN SEBENAR TOK AJAK DI TELOK MAS
TELOK MAS 13 November - Tempoh berkempen selama 14 hari bukan satu-satunya ukuran usaha meraih sokongan pengundi, sebaliknya rekod perkhidmatan...
KEPUTUSAN PRN MELAKA TIDAK GUGAT PUTRAJAYA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 13 November - Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak dilihat akan menggugat kedudukan Kerajaan Persekutuan ketika ini,...
PRN MELAKA: LEBIH 7,000 MOTOSIKAL βBIRUKANβ SELURUH MELAKA
TANJUNG BIDARA 13 November - Lebih 7,000 motosikal menyertai βflashmobβ konvoi kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 di seluruh...
PRN MELAKA: HELMY AJAK PENGUNDI KELUAR AWAL, BIMBANG CUACA JEJAS KADAR KELUAR MENGUNDI
DUYONG 13 November - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.21 Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy...
PRN MELAKA: FAIRUL NIZAM MAHU SEMANGAT KEKELUARGAAN TERUS SUBUR DI ASAHAN
ASAHAN 13 November - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, Datuk Dr. Fairul Nizam Roslan mahu meneruskan kesinambungan khidmat...
