Sorting by

×

KETUA MENTERI TERIMA KUNJUNG HORMAT BINTANG BADMINTON NEGARA

Masa Membaca:54 Saat

SERI NEGERI 8 September – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh hari ini menerima kunjungan hormat daripada pemain badminton negara, Toh Ee Wei di pejabatnya di Seri Negeri.

Dalam pertemuan itu, Kerajaan Negeri mengumumkan sumbangan penghargaan berjumlah RM50,000 kepada Ee Wei atas kejayaannya mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.

Ee Wei yang berbangga menjadi anak kelahiran Melaka berkata, ini merupakan kali pertama beliau berjumpa dengan Ketua Menteri dan menganggap pertemuan itu sebagai satu penghormatan besar dalam hidupnya.

Beliau juga berbangga melihat perkembangan pesat Negeri Melaka di bawah kepimpinan Kerajaan Negeri ketika ini.

Dalam pertemuan itu juga, Ee Wei turut mencadangkan penubuhan sebuah akademi badminton di Bachang, sebagai usaha melahirkan lebih ramai bakat baharu dalam sukan tersebut dan menghargai jasa negeri yang banyak menyokong kerjayanya.

Kunjung hormat berkenaan turut dihadiri Pengarah Eksekutif Mamee Double Decker, Datuk Gary Choo Kok Sen dan ibunya Jane Yeo.

Untuk rekod, Ee Wei merupakan anak bongsu daripada dua beradik perempuan dan kini menjadi antara pemain beregu campuran negara yang sedang meningkat naik di peringkat dunia.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2039
Kongsi :
Previous post KUTIPAN ZAKAT MELAKA KONSISTEN – AB RAUF
Next post GERHANA BULAN: FAHAMI MAKNA TERSIRAT ILMU FALAK