Ketua Pemuda UMNO Johor tawar diri tanding PRN

Masa Membaca:57 Saat

JOHOR BAHRU, 30 Jan – Ketua Pemuda UMNO Johor Mohd Hairi Mad Shah menawarkan diri untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan tidak lama lagi.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) mana yang akan ditandinginya dan menyerahkan keputusan mengenai hal itu kepada pucuk pimpinan parti.

“Saya sudah menawarkan diri untuk bertanding di dua atau tiga kerusi DUN, saya ada sasaran saya tetapi kawasan mana adalah rahsia,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perjumpaan bersama Parti Makkal Sakti Malaysia (Makkal Sakti), di sini hari ini.

Turut hadir Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dan Presiden Makkal Sakti Datuk Seri R.S. Thanenthiran.

Mengulas mengenai Undi18, Mohd Hairi berkata pihaknya berharap Barisan Nasional (BN) dapat meletakkan sehingga 30 peratus calon daripada keseluruhan kerusi ditandingi UMNO dalam PRN Johor dari sayap berkenaan.

Menurutnya, langkah itu dilihat bersesuaian dengan pelaksanaan PRN Johor yang menyaksikan pertambahan bilangan pengundi baharu termasuk pengundi muda menerusi Undi18.

Jumlah pengundi di Johor mencatatkan peningkatan kira-kira 28 peratus dengan pertambahan 749,731 pengundi berusia 18 tahun ke atas susulan pendaftaran automatik Undi18.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1158
Kongsi :
Previous post Bekas Pengerusi Bernama Abdul Rahman Sulaiman meninggal dunia
Next post Lapan kluster pendidikan COVID-19 direkodkan di P.Pinang – Exco
Ubah saiz-+=