Ketua Polis Melaka, Adun Taboh Naning antara 349 penerima Darjah Kebesaran Melaka Sesi 2

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

SERI NEGERI 26 Ogos – Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah mendahului senarai 349 penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-74 Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam sesi kedua, hari ini.

Zainol merupakan empat penerima Darjah Cemerlang Seri Melaka (D.C.S.M) yang membawa gelaran Datuk Wira pada istiadat yang berlangsung di Balai Istiadat di Seri Negeri.

Sementara itu, Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taboh Naning, Zulkiflee Mohd Zin mendahului senarai enam penerima Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M) yang membawa gelaran Datuk.

Istiadat yang diadakan bagi sesi kedua ini menyaksikan seramai 62 individu dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang juga membawa gelaran Datuk.

Antara penerimanya ialah Pengarah Safe Touch Solution Sdn Bhd, Datuk Mohamed Ashraf Mohamed Yusof.

IMG_20230826_104340_335
Penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka yang hadir pada sesi kedua Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Sempena Sambutan Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri ke-74 Tahun 2023, di Seri Negeri, Ayer Keroh. Foto: MR. AZLI

Manakala, seramai 21 penerima dianugerahkan Darjah Seri Melaka (D.S.M) kepada orang perseorangan yang memberi perkhidmatan dan khidmat terpuji kepada negeri Melaka.

Ia diikuti seramai 33 penerima dianugerahkan Bintang Cemerlang Melaka (B.C.M), 68 penerima Bintang Khidmat Terpuji (B.K.T), 103 penerima Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K), 48 penerima Pingat Bakti Masyarakat (P.B.M) dan empat penerima Pingat Khidmat Lama (P.K.L).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

10890
Kongsi :
Previous post Uniknya Muzium Rakyat Banda Hilir
Next post Anggota, pegawai perlu jaga imej Polis Melaka
Ubah saiz-+=