
Khairy Jamaluddin mula tugas rasmi sebagai Menteri Kesihatan
PUTRAJAYA 30 Ogos – Usai mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara hari ini, Khairy Jamaluddin terus melapor diri di Kementerian Kesihatan (KKM), di sini, untuk memulakan tugas secara rasmi sebagai Menteri Kesihatan.
Kedatangan Ahli Parlimen Rembau itu yang berbaju Melayu hitam lengkap bersamping hitam bersulam benang warna keemasan ke bangunan Kementerian Kesihatan pada 5.15 petang disambut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Turut sama melapor diri pada hari ini ialah Timbalan Menteri Kesihatan I Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan Timbalan Menteri Kesihatan II Datuk Aaron Ago Dagang.
Selepas mengimbas pas kerja, Khairy yang memegang jawatan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dalam pentadbiran terdahulu, memasuki pejabatnya di Tingkat 13 dan kemudian menyertai mesyuarat bersama pengurusan kanan KKM.
Khairy bersama 29 menteri dan 37 timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
BELUM MASUK PEJABAT, TOK LI DAH MULA BUAT KERJA
KUALA LINGGI 17 November - Meskipun belum masuk ke pejabat, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Linggi, Datuk Rosli Abdullah...
SAMBIL ‘NGETEH’ ACIK ZUL DENGAR MASALAH RAKYAT
TABOH NANING 17 November - Sambil menjamah hidangan sarapan pagi, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taboh Naning, Datuk Zulkiflee Mohd...
TIDAK ‘MERUNTUHKAN YANG LAMA’, TAPI BINA LENDU LEBIH BAIK – ABDUL HAKIM
SERI NEGERI 17 November - Tidak berhasrat merombak usaha sedia ada, sebaliknya mahu memberi tumpuan kepada penambahbaikan berdasarkan keperluan dan...
MAJORITI TERTINGGI BUKAN UNTUK BERMEGAH – RAIS
SERI NEGERI 17 November – Kemenangan dengan majoriti tertinggi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 bukan untuk dibanggakan, sebaliknya...
PENJAWAT AWAM PEMACU AGENDA KERAJAAN – AB RAUF
SERI NEGERI 17 November - Penjawat awam Melaka perlu memastikan setiap perancangan Kerajaan Negeri dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan seterusnya mencapai...
PAIP, JALAN DAN SALIRAN JADI KEUTAMAAN 100 HARI RIDZUAN DI BUKIT KATIL
SERI NEGERI 17 November - Penyelenggaraan paip, jalan raya dan sistem perparitan antara keutamaan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit...

