Kilang proses dedak diberi tempoh 10 hari bersih kawasan

Masa Membaca:52 Saat

DURIAN TUNGGAL 19 Mac – Sebuah kilang memproses dedak tanpa lesen di Batu 9 Kampung Bukit Balai diberikan tempoh 10 hari bagi melakukan kerja-kerja pembersihan kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Zahari Abd Kalil berkata, tindakan itu dilakukan selepas menerima aduan penduduk berhampiran mengenai masalah pencemaran udara dan bau di kawasan itu.

“Kilang ini memproses dedak bagi tujuan memberi makan kepada haiwan ternakan, tetapi ia menyebabkan kacau ganggu dari segi bau, habuk, sampah sarap dan sistem saliran air yang tidak sistematik.

“Hasil lawatan dan perbincangan, saya memberi tempoh selama 10 hari bagi proses pembersihan kawasan terbabit dilaksanakan oleh pemilik kilang,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya, semalam.

Mengulas lanjut, Zahari berkata kilang tersebut dalam proses mendapatkan kelulusan pelan bangunan dan diminta mendapatkan ulasan Jabatan Alam Sekitar (JAS) sebelum membuat permohonan lesen di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).

“Dua kompaun dikeluarkan terhadap pengilang terbabit dan diharap supaya pemilik kilang dapat melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan,” katanya ketika dihubungi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

159
Kongsi :
Previous post Ramadan Maidatur Rahman kongsi rezeki dengan orang ramai
Next post JKNM pantau penyakit berkaitan cuaca panas
Ubah saiz-+=