KipMall laksana pelbagai aktiviti mesra komuniti sepanjang tahun

Masa Membaca:1 Minit, 32 Saat

BACHANG 9 Mei- Pengurusan Pusat Beli Belah KipMall Melaka telah merancang pelbagai aktiviti mesra komuniti selepas memasuki Fasa Peralihan ke Endemik pada 1 April lalu.

Penolong Pengurus Pusat Beli Belah KipMall, Mohamad Elmy Othman berkata kesemua aktiviti melibatkan pelbagai lapisan umur serta golongan masyarakat terdiri dari pelbagai kaum.

Katanya, antara aktiviti yang dilaksanakan di KipMall adalah Program Santuni Kasih pada bulan Ramadan lepas dengan menyantuni anak- anak yatim, program nyanyian lagu Tamil dan pelbagai lagi akan dilakukan pada masa depan serta mengikut musim perayaan.

“Sepanjang bulan Ramadan lalu, KipMall telah mengedarkan bubur lambuk dan sambutan sangat menggalakkan, itu antara yang akan diangkat secara tahunan insyallah kerana kami dikenali sebagai ‘community mall’ .

“Telah menjadi kebiasaan kami untuk menggembirakan hati serta menghargai setiap komuniti yang hadir melalui program-progrqm mesra komuniti dan kita akan terus komited melayani komuniti yang hadir disini.

“Pihak pengurusan KipMall Melaka juga telah merancang pelbagai program-program CSR (Tanggungjawab Sosial Korporat) pada masa akan datang khasnya untuk komuniti di sekitar Melaka.

“Untuk maklumat lanjut dan hebahan janga lupa layari facebook kami KIPMall Melaka , Instagram KIPMall_Melaka dan juga melalui media massa seperti Melaka Hari Ini (MHI),” katanya kepada MHI.

Mengulas lanjut, Mohamad Elmy turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan untuk melaksanakan pelbagai aktiviti dengan kapasiti penuh sebagai usaha dalam memulihkan ekonomi rakyat terutamanya di negeri Melaka.

Ujarnya, ramai peniaga menarik nafas lega apabila dapat meniaga seperti biasa dan ada peniaga yang mengambil peluang untuk menghabiskan stok jualan yang tidak terjual pada fasa pandemik lalu.

“Syukur Alhamdulillah, gembira apabila dapat melihat para pengunjung mula memenuhi ruang niaga di KipMall melaka ini.

“Selain daripada itu, para peniaga juga banyak mengambil peluang untuk menghabiskan stok-stok yang tidak terjual pada fasa pandemik dan juga ada yang meraih pendapatan dengan mengadakan pelbagai promosi-promosi menarik buat pengunjung KipMall Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1180
Kongsi :
Previous post Kes bunuh kanak-kanak: Sebutan semula pada 21 Jun
Next post Waktu operasi pejabat Imigresen termasuk Melaka dipanjangkan
Ubah saiz-+=