Kisah penjara tertua negara bawa tuah

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

BANDARAYA MELAKA 24 Mei – Muzium Penjara Malaysia Banda Hilir berjaya mengharumkan nama Melaka selepas dinobatkan juara dan pemenang keseluruhan pada Hari Muzium Antarabangsa 2024 (HMA2024).

Pada majlis yang berlangsung di Auditorium Dewan Sri Pinang, Georgetown, Pulau Pinang itu, Muzium Penjara Malaysia dipilih sebagai Reruai Pameran Terbaik menerusi konsep ‘The Untold Story of 1786 Prison’.

Pengarah Muzium Penjara Malaysia, Penguasa Penjara Aswari Che Ibrahim berkata, konsep tersebut berkisarkan kepada sejarah penjara pertama di negara ini.

Menurutnya, kejayaan menewaskan 38 muzium lain seluruh negara merupakan antara kenangan manis jabatan itu.

“Bagi menepati tema HMA2024 iaitu ‘Muzium Untuk Pendidikan dan Penyelidikan’ diadakan serentak seluruh dunia setiap 18 Mei pelbagai input menarik, selain segmen interaktif disajikan kepada setiap pengunjung yang hadir.

“HMA2024 yang diadakan pada 16 hingga 22 Mei lalu telah membawa pengalaman eksklusif buat pengunjung yang hadir pada pameran yang dipersembahkan Jabatan Penjara Malaysia,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Whatsapp Image 2024 05 24 At 16.33.46
ASWARI menerima anugerah itu disampaikan Tun Ahmad Fuzi.

Pada majlis itu, Muzium Penjara Malaysia telah menerima anugerah berbentuk sijil dan wang tunai RM3,000 disampaikan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Datuk Seri Utama Ahmad Fuzi Abdul Razak.

Selain itu, mereka turut dinobat johan pertandingan tarik tali dan naib juara keseluruhan acara sukan bagi kategori Zon Keselamatan bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

311
Kongsi :
Previous post HBN2024 dorong belia cungkil potensi diri
Next post Bila Larut Malam Zoo Melaka bermula 10 malam
Ubah saiz-+=