Kit RTK Melaka dijangka berada di pasaran awal bulan depan

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

ALOR GAJAH 22 Feb – Perbadanan Bioteknologi Melaka (PBM) mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) untuk mengedar dan menjualkan Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen COVID-19.

EXCO Kesihatan negeri Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, kelulusan daripada MDA itu diperoleh hari ini dan kerajaan negeri dijangka akan mengedarkan kit terbabit untuk jualan dalam tempoh masa terdekat.

“Berita baiknya adalah kit ujian yang kita hendak jual itu sudah mendapat kelulusan daripada MDA, PBM akan mengambil tanggungjawab untuk edar dan jual dipasaran.

“Ia akan berada dipasaran dalam tempoh seminggu atau dua dan harganya akan diumumkan oleh Ketua Menteri. Selain itu ia dijangka akan dijual lebih murah berbanding harga siling  ditetapkan pada masa kini iaitu RM4.90 untuk setiap unit,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak (PICKids), di Hospital Alor Gajah, hari ini.

Menurutnya kelulusan yang diberikan MDA, dijangka mampu menampung permintaan yang tinggi di pasaran pada masa kini.

“Kita tidak boleh jual dalam tinggi mungkin ada jumlah yang ditetapkan tetapi sekurang-kurang dapat memberikan sedikit kelegaan kepada rakyat.

“Malah senarai premis yang bakal menjualnya akan dimaklumkan nanti, mungkin akan kerjasama dengan farmasi terpilih,” katanya.

Dr Muhamad Akmal berkata, jumlah kit ujian akan diedarkan oleh PBM di pasaran sekitar Melaka belum diketahui.

Sementara itu, beliau berkata, sejak dimulakan PICKids 8 Feb lalu sebanyak 23 peratus kanak-kanak yang layak sudah menerima suntikan vaksin COVID-19.

“Melaka adalah negeri tertinggi dalam pemberian vaksin kepada kanak-kanak antara lima hingga 11 tahun.

“Saya jangka sempena cuti sekolah nanti jumlah itu akan meningkat dan kita dapat capai sasaran 50 peratus kanak-kanak divaksin menjelang pertengahan Mac nanti,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

699
Kongsi :
Previous post Dihalang lupus aset: Najib mohon ketepi injuksi mareva
Next post TYT terima anugerah utama tokoh kepimpinan penerbitan buku negara
Ubah saiz-+=